IPOH: Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di sini Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada seorang lelaki berusia 24, semalam yang mendakwa diserang kesemua suspek.
"Kejadian berlaku kira-kira 10.45 malam ketika mangsa sedang bermain permainan komputer dan secara tiba-tiba datang lima individu menyerang mangsa dan rakannya.
"Berikutan itu, pengadu dan rakannya mengalami kecederaan akibat diserang dengan pisau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Insp Muhammad Izad Ayob menerusi talian 014-3218 969.
"Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga mengganggu proses siasatan," katanya.
Terdahulu, tular video berdurasi seminit 30 saat memaparkan kejadian beberapa suspek memasuki premis berkenaan lalu menyerang beberapa individu yang sedang menggunakan perkhidmatan komputer.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Abang Zanal Abidin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada seorang lelaki berusia 24, semalam yang mendakwa diserang kesemua suspek. - Gambar fail/Bernama

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah
Tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an ditahan polis di sekitar Sungai Petani untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

Pekebun maut dalam pergaduhan di Cameron Highlands
Pergaduhan tiga lelaki warga Indonesia berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kejadian di tepi jalan di Tringkap, Cameron Highlands pada Khamis lepas.

Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh
Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di Ipoh.

Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.

Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki
Seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Kemaman pada Ahad.

Kes pukul, ugutan jenayah: AJK tertinggi persekutuan Muay Thai profesional direman
Seorang ahli jawatankuasa tertinggi Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia (MFMP) direman selama dua hari mulai hari ini di Mahkamah Majistret, pada Isnin.

Letupan dalam kes gaduh adik-beradik berpunca daripada mercun - Polis
Bunyi letupan dalam kes video tular pergaduhan antara adik-beradik di Jalan Batu Kawa-Matang, baru-baru ini bukan berpunca daripada letupan senjata api.

Kes gaduh: Buruh binaan ditahan dipercayai sebabkan kematian peniaga
Ujian saringan awal ke atas suspek itu mendapati dia positif dadah jenis morphin.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.