Polis sedang mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes seorang bayi lelaki ditinggalkan di dalam kotak di hadapan sebuah masjid di Taman Melawati, di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek agar menyalurkannya kepada polis.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak membuang kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua belas tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Hamzah berkata Isnin lepas, polis mendapat maklumat daripada orang awam pada 8.23 malam yang menjumpai bayi berkenaan di hadapan masjid itu.
"Anggota Unit Rondaan Bermotosikal kemudian ke lokasi kejadian dan mendapati seorang bayi lelaki dalam keadaan baik di dalam sebuah kotak," katanya.
Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan di dalam kotak bersama bayi tersebut.
Katanya bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 23 2016
Polis mendapat maklumat daripada orang awam pada 8.23 malam Isnin lalu yang menjumpai bayi berkenaan di hadapan masjid itu. -Facebook Friends of PDRM
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Polis kesan individu tinggalkan bayi di Masjid Taman Melawati
Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek agar menyalurkannya kepada polis.