PASIR PUTEH: Polis Kelantan telah mengenal pasti 'lorong tikus' yang menjadi laluan haram bagi penduduk di kawasan sempadan negeri ini dengan Terengganu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata lorong tikus tersebut yang terletak di dua kawasan di Pasir Puteh menjadi pilihan sejak sekian lama kerana kebanyakan penduduk di kedua-dua negeri itu memiliki pertalian keluarga.
"Pihak polis akan meningkatkan penguatkuasaan di lokasi yang telah dikenal pasti itu. Peraturan yang dilaksanakan bukan untuk menyusahkan tetapi demi kebaikan sebagai langkah sementara membendung virus bahaya itu daripada terus menular sehingga sukar dikawal," katanya kepada pemberita selepas meninjau lorong tikus di Gong Jenarah, Bukit Yong di sini, hari ini.
Mengulas mengenai penguatkuasaan sepanjang PKP, Shafien berkata seramai 500 anggota dibantu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh Kelantan selama 24 jam termasuk pada bulan Ramadan.
Susulan peningkatan ketara kes COVID-19 di negeri ini, semua jajahan di Kelantan kini berada di bawah PKP.
Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP bermula 16 April manakala PKP di jajahan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang bermula 21 April.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021

Susulan peningkatan ketara kes COVID-19 di negeri ini, semua jajahan di Kelantan kini berada di bawah PKP. - Gambar fail/ Bernama
AWANI Ringkas: Pemimpin politik perlu perkukuh perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sidang media mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Nokia gagal lakukan panggilan telefon pertama di bulan
Nokia Gagal Melakukan Panggilan Telefon Pertama Di Bulan
Penduduk rakam detik cemas puting beliung landa Florida, AS
Puting beliung yang melanda Florida, Amerika Syarikat menyebabkan banyak kemusnahan harta benda di sekitar beberapa buah bandar di negeri itu.
"Ingatkan Amerika sahabat kami" - Rakyat Kanada
Langkah terbaru Presiden AS, Donald Trump, yang menaikkan duti eksport Kanada telah mencetuskan kebimbangan besar di kalangan rakyat Kanada.
Dari Quebec hingga Toronto, ramai yang merasa terkesan dengan keputusan ini, yang dianggap merosakkan ekonomi dan hubungan erat antara kedua-dua negara.
Dari Quebec hingga Toronto, ramai yang merasa terkesan dengan keputusan ini, yang dianggap merosakkan ekonomi dan hubungan erat antara kedua-dua negara.
Ramadan: Keunikan bubur lambuk Masjid India Jalan Duke
Bubur Lambuk cukup sinonim setiap kali bulan Ramadan dengan pelbagai variasi dan cara masakan yang unik di setiap kawasan. Di Johor, keistimewaan Bubur Lambuk Masjid India Datuk Ahmad Awang atau lebih dikenali sebagai Masjid India Jalan Duke tampil dengan cita rasa tersendiri.
JDT sedia buat pelaburan untuk perkukuh pasukan - Tunku Ismail
Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bertekad untuk memperkukuh pasukan Harimau Selatan selepas tewas 0-1 kepada Buriram United dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25. Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, menzahirkan perancangan baharu untuk memperbaiki skuad dan terus berbangga dengan perjuangan kelab dalam kejohanan elit Asia.

Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak perempuan tiga tahun
Seorang pengasuh didakwa atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
[TERKINI] Bas terbalik di PLUS arah utara di Rembau, 40 penumpang terselamat
Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Rembau awal pagi tadi.
Enam penumpang cedera dan telah menerima rawatan segera, manakala 34 yang lain terselamat. Pemandu bas dilaporkan pitam sebelum hilang kawalan.
Enam penumpang cedera dan telah menerima rawatan segera, manakala 34 yang lain terselamat. Pemandu bas dilaporkan pitam sebelum hilang kawalan.
'Lone Ranger' Edar Dadah Ditahan di Batu Pahat
Seorang lelaki berusia 57 tahun yang bergerak secara solo untuk mengedar dadah ditahan di Taman Puteri Jaya, Batu Pahat. Polis merampas lebih sekilogram estacy dan 1,850 biji pil Eramin 5 bernilai RM282,530 dalam serbuan tersebut.

97 kompaun dikeluarkan kepada pengendali makanan bazar Ramadan di Kelantan
Zaini berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Amaran hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung hingga Rabu
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu sehingga 12 Mac ini.

Penyalahgunaan dadah di Kelantan serius, 18,507 kes tahun lepas - Pemadam
Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan serius dengan sebanyak 18,507 kes dilaporkan pada tahun lepas, kata Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri, Zamakshari Muhamad.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.