KOTA BHARU: Polis Kelantan akan memantau kegiatan penjualan mercun dan bunga api di bazar Ramadan, pasar dan kaki lima pasar raya bagi memastikan tiada peniaga culas dan menjual mercun yang tidak dibenarkan secara 'sembunyi-sembunyi'.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, setakat ini hanya dua jenis bunga api iaitu jenis 'Happy Boom' dan 'Pop-pop' dibenarkan untuk jualan sempena Aidilfitri, dengan syarat peniaga perlu mematuhi semua peraturan ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata, walaupun ada peniaga menjual mercun dan bunga api yang dibenarkan tetapi tidak mustahil mereka menjual mercun tidak diluluskan secara sembunyi kerana mahu mendapatkan keuntungan lebih.
"Sepanjang Ramadan dan menjelang hari raya kita tahu mercun adalah sebahagian minat kepada kanak-kanak dan disebabkan itulah pihak Bukit Aman hanya meluluskan beberapa jenis mercun dan bunga api sahaja.
"Di Kelantan sendiri kita tiada sebarang permit untuk membawa masuk mercun dan sebarang penjualan secara 'sembunyi-sembunyi' akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (AKta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya gagal mematuhi syarat ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Terdahulu, Shafien hadir pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Cawangan Khas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Ketua Jabatan Logistik IPK Kelantan.
Pada majlis tersebut 19 pegawai dinaikkan pangkat dan bertukar termasuk SAC Salim Youb yang dinaikkan pangkat dan kini menjawat jawatan Ketua Cawangan Khas Kelantan dan SAC Datuk Nor Yhazid Idris dinaikkan pangkat menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan yang baharu.
Dalam perkembangan berkaitan, Shafien berkata, kesemua Ketua Polis Daerah (KPD) di sempadan Malaysia-Thailand di empat daerah bersempadan seperti Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli diarahkan supaya sentiasa memantau sebarang percubaan menyeludup masuk mercun.
Katanya, polis akan memberi tumpuan terhadap 'lorong tikus' dan pangkalan haram kerana yakin akan ada cubaan daripada kumpulan penyeludup untuk membawa bahan itu ke sini selain memantau aktiviti penjualan secara dalam talian. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
![Polis Kelantan pantau penjualan bunga api, mercun sepanjang Ramadan Polis Kelantan pantau penjualan bunga api, mercun sepanjang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649054479_ShafienMamatKetua.jpg)
Datuk Shafien Mamat berkata, setakat ini hanya dua jenis bunga api iaitu jenis 'Happy Boom' dan 'Pop-pop' dibenarkan untuk jualan sempena Aidilfitri, dengan syarat peniaga perlu mematuhi semua peraturan ditetapkan oleh PDRM. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah
Polis Kelantan sedang mengesan tiga individu termasuk dua adik-beradik, bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan pembelian sebidang lot tanah.
![Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715391298_tbRumahTerbuka.jpg)
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
![Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683693337_TBZAKIHARUN.jpg)
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
![90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan 90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712819535_raped.jpg)
90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
![Lima ditahan seludup beras, pelbagai jenis dadah Lima ditahan seludup beras, pelbagai jenis dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711887111_TBBERASADAH.jpg)
Lima ditahan seludup beras, pelbagai jenis dadah
Polis menahan lima penyeludup warga tempatan kerana disyaki menyeludup 50 kampit beras dari negara jiran dalam operasi kontraban di Kelantan.
![Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710167248_DatukDitahancede.jpg)
Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan
Ia berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, baru-baru ini.
![Dua wanita ditahan seludup pil yaba bernilai lebih RM120,000 Dua wanita ditahan seludup pil yaba bernilai lebih RM120,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709332249_TBpilyaba.jpg)
Dua wanita ditahan seludup pil yaba bernilai lebih RM120,000
Kedua-dua suspek ditahan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di tepi jalan Kampung Sering, Kota Bharu, Isnin lepas.
![Peniaga jadi mangsa 'phone scam', rugi RM692,500 Peniaga jadi mangsa 'phone scam', rugi RM692,500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706328114_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Peniaga jadi mangsa 'phone scam', rugi RM692,500
Seorang peniaga berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM692,500 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan 'phone scam'.
![Polis Kelantan tidak kompromi kes pegawai disyaki rogol wanita Polis Kelantan tidak kompromi kes pegawai disyaki rogol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706090706_MuhamadZakiHarun.jpg)
Polis Kelantan tidak kompromi kes pegawai disyaki rogol wanita
Polis Kelantan tidak akan berkompromi terhadap kes seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor selepas disyaki merogol seorang wanita yang membuat laporan di pejabat suspek.
![Polis Kelantan rampas 16 pucuk pistol sepanjang tempoh Januari-November 2023 Polis Kelantan rampas 16 pucuk pistol sepanjang tempoh Januari-November 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699349736_TBPistoljpg.jpg)
Polis Kelantan rampas 16 pucuk pistol sepanjang tempoh Januari-November 2023
Polis Kelantan telah merampas sejumlah 16 pucuk pistol pelbagai jenis sepanjang Januari hingga November tahun ini, yang menyaksikan peningkatan berbanding sembilan bagi tempoh sama pada 2022.