KOTA BHARU: Polis Kelantan mengeluarkan 453 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Khas Ambang Tahun Baharu 2024, yang dijalankan semalam di seluruh negeri itu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan Supt Shuhaimi Jusoh berkata kesalahan itu, dikesan hasil sekatan jalan raya (SJR) yang turut dilaksanakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di 17 lokasi bermula 10 malam hingga 3 pagi tadi.
Beliau berkata sebanyak 2,138 kenderaan melibatkan motosikal, kereta, lori, kenderaan pelbagai guna (MPV) serta kenderaan pacuan empat roda (4x4), telah diperiksa dalam tempoh operasi itu.
"Sebanyak 190 saman telah dikeluarkan ke atas pemilik kereta, motosikal (213), lori (28), MPV (20) dan 4X4 (dua).
"Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tidak pamer pelekat 'P', nombor plat tidak ikut spesifikasi, kesalahan ubah suai ekzos dan tiada insurans kenderaan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Shuhaimi berkata dalam operasi itu, JPJ turut mengeluarkan 306 saman melibatkan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu (CDL) dan lesen vokasional (GDL) dan kesalahan cermin sisi.
Sementara itu, Shuhaimi berkata sebanyak 16 warga asing telah ditahan, semasa pemeriksaan ke atas lima buah bas di SJR di Gua Musang.
"Pemeriksaaan menemukan 16 warga asing terdiri daripada seorang lelaki India, Bangladesh (enam lelaki), Indonesia (dua lelaki), Pakistan (seorang lelaki) dan Myanmar (lima lelaki dan seorang wanita).
"11 daripada mereka memiliki pasport namun telah tamat tempoh, manakala lima lagi didapati tidak mempunyai sebarang dokumen. Kesemua telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk siasatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024

Anggota polis memeriksa dokumen seorang penunggang motosikal pada Op Khas Ambang Tahun Baharu 2024 di Kelantan, malam tadi. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis Kelantan keluarkan 453 saman Op Ambang Tahun Baharu 2024
Polis Kelantan mengeluarkan 453 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Khas Ambang Tahun Baharu 2024, yang dijalankan semalam di seluruh negeri itu.