Polis Kedah mengenal pasti lima kawasan panas atau "hotspot" untuk diberi tumpuan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Sahabudin Abd Manan, bagaimanapun tidak mendedahkan kawasan tersebut kerana ia dijangka berubah-ubah mengikut situasi.
Beliau berkata Wisma Darulaman di sini, menjadi antara kawasan "hotspot" yang perlu diberi perhatian khusus kerana merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri dan menjadi tumpuan orang ramai pada PRU14.
"Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) kita beri lebih tumpuan terhadap Kota Setar sebab ia ibu negeri, simulasi hari ini juga turut dihadiri ketua polis daerah-daerah untuk melihat situasi sebenar dan persiapan yang dibuat untuk dipraktikkan di daerah masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Latihan Amal Ex-PRU-14 Siri 2 di Jalan Suka Menanti di sini, pada Ahad.
Seramai 432 anggota termasuk 108 pegawai terlibat dalam latihan itu bagi menguji keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan dan ketenteraman awam pada pilihan raya umum.
Latihan amal itu juga bagi memastikan pegawai serta anggota sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi PRU akan datang.
Sementara itu, Sahabudin berkata Polis Kontinjen Kedah memerlukan kira-kira 500 anggota tambahan dan sehingga kini 298 senarai nama sudah diserahkan Bukit Aman kepada Kedah untuk diagihkan di daerah-daerah.
"Selain persiapan anggota, segala peralatan dan logistik turut dipastikan berada dalam tahap kesediaan tertinggi dan boleh digunakan pada bila-bila masa," katanya bahawa latihan amal itu dirancang mirip kepada keadaan dan ancaman sebenar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 04 2018
Latihan amal itu juga bagi memastikan pegawai serta anggota sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi PRU akan datang. - Gambar hiasan
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan sebaliknya akan dibincangkan secara bilateral dan 'hati ke hati'.
Kerajaan Sabah, Sarawak tidak dipinggir dalam rundingan berkaitan Laut China Selatan
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menolak andaian kerajaan persektuan tidak mendapatkan pandangan kerajaan Sabah dan Sarawak dalam rundingan berkaitan isu Laut China Selatan.
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Trump - China: Pelabur mungkin cenderung kepada Jepun, India
Pemerhati pasaran melihat kemungkinan dana mengalir ke India dan Jepun ketika pelabur menilai pendirian anti-China Trump, termasuk ancaman untuk mengenakan tarif sebanyak 60 peratus ke atas barangan China.
Indonesia periksa 'hot spot' pemerdagangan manusia
Modus operandi penyeludup tidak berperikemanusiaan kerana membawa pekerja migran Indonesia secara haram dan dijadikan hamba.
Penduduk di kawasan 'hotspot' tanah runtuh diminta sentiasa berwaspada
Penduduk di kawasan cerun kritikal tahap tinggi diminta agar lebih berwaspada dengan kawasan sekitar dan mengambil tindakan segera jika wujud tanda-tanda awal berlakunya tanah runtuh.
Maritim Malaysia kenal pasti 33 'hot spot' jenayah penyeludupan migran
Lokasi-lokasi terbabit bukan sahaja dijadikan kawasan kegiatan penyeludupan migran bahkan sebagai pintu penyeludupan dadah.
Dua kawasan setinggan di Kedah berisiko tinggi sekiranya berlaku kebakaran
Penempatan setinggan di tepi laut Kuala Kedah dan Bukit Malut di Langkawi jadi lokasi hotspot Bomba Kedah sekiranya berlaku kebakaran.
Banjir: 250 'hot spot' dijangka dilanda banjir sekali lagi di pantai Timur - Bomba
Kesemua hotspot itu membabitkan kawasan yang sering dinaiki air ketika musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL).
Jaga-jaga 'geng plastik hitam', kami tau 'port' kamu - JHEIK
Ini kerana, kebanyakan lokasi panas atau 'hot spot' geng terbabit sudah diketahui oleh pasukan penguatkuasa dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEIK).
Polis Kedah kenal pasti lima kawasan panas menjelang PRU14
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Sahabudin Abd Manan, bagaimanapun tidak mendedahkan kawasan tersebut kerana ia dijangka berubah-ubah mengikut situasi.