Kehadiran anggota polis berjaya mengelakkan pertembungan antara dua kumpulan yang mengadakan demonstrasi di hadapan Pusat Khidmat (ADUN) Tronoh di sini, hari ini.
Satu pihak merupakan penyokong ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, sementara satu lagi kumpulan yang membantah tindakan Yong keluar parti dan menjadi ADUN Bebas baru-baru ini.
Kira-kira 100 ahli DAP yang memprotes berhimpun di hadapan pusat khidmat itu sekitar jam 10 pagi, dengan membawa pelekat, kain rentang dan sepanduk.
Pada masa sama, kira-kira 50 penyokong yang setia dengan wakil rakyat itu berada di dalam pusat khidmat untuk bagi menyatakan sokongan terhadap ADUN Tronoh itu.
"Kami pusat khidmat buka seperti biasa, tetapi ramai yang datang, ada pengundi, ada penyokong, hendak beri sokongan kepada Yong," kata seorang pegawai ADUN Tronoh, Kong Lai Ling.
Menurutnya, mereka menerima maklumat bahawa terdapat pihak yang akan mengadakan demonstrasi di hadapan pusat khidmat itu.
Sementara itu, seorang ahli seumur hidup DAP dari Manjung, Phang Heng Chun menyifatkan tindakan Yong keluar parti sebagai satu pengkhianatan terhadap DAP.
"Kalau orang yang mengkhianati mandat rakyat, itu sewajarnya digelar pengkhianat. Kalau bukan pengkhianat, letak jawatan. Kalau ada maruah, letak jawatan, bukan jadi bebas.
"Kerajaan memang sudah jatuh, tetapi dia keluar dari parti, itu pengkhianatan. Sebab, dia dapat undi, mandat, dari rakyat yang menyokong DAP, semudah itu," kata Phang.
BACA: 2 ADUN DAP, 1 Amanah Perak isytihar keluar parti
BACA: Tiga ADUN DAP dipecat
Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata, perhimpunan selesai kira-kira jam 10.40 pagi tanpa sebarang insiden tidak dingini.
Katanya, ketika kejadian, ADUN Tronoh berkenaan tiada di pejabat.
Pada Isnin, selain Yong, seorang lagi ADUN DAP yang meninggalkan parti adalah A. Sivasubramaniam yang juga memilih menjadi wakil rakyat Bebas.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Mar 11 2020

Kumpulan yang membantah tindakan Paul Yong keluar DAP memegang kain rentang menyifatkan ia satu pengkhianatan, di luar Pusat Khidmat ADUN Tronoh di sini hari ini. Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

"Saya kekal ADUN Bebas yang sokong kerajaan" - Hasnul Zulkarnain
Hasnul Zulkarnain tegaskan, tidak akan merayu terhadap keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah memecatnya.

Calon Timbalan Speaker DUN Selangor dipilih secara konsensus - Amirudin
Gabungan itu akan membuat keputusan secara konsensus dalam kalangan PKR, DAP dan Amanah bagi mengisi jawatan itu berikutan peletakan jawatan Dr Daroyah Alwi.

Dua ADUN UPKO tinggalkan parti, jadi wakil rakyat bebas
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UPKO mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Dua ADUN Kedah dari PKR keluar parti, sokong kerajaan PN
Mereka ialah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee - kedua-duanya dari PKR.

Polis kawal demonstrasi di Pusat Khidmat ADUN Tronoh
Satu pihak merupakan penyokong ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, sementara satu lagi kumpulan yang membantah tindakan Yong keluar parti dan menjadi ADUN Bebas baru-baru ini.

Tular PRN Perak akan diadakan, tidak benar - Nga
Berita tular tersebut turut disertakan dengan satu tangkap skrin sekeping surat bertarikh 23 Sept lepas daripada Jabatan Pendidikan Negeri kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.