Polis sedang mengkaji untuk mendakwa bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilarikan bersama kenderaan Hilux-Vigo yang ditinggalkan bapanya di sebuah stesen minyak di Kampung Air, di sini, awal pagi Jumaat lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya berkemungkinan akan menyiasat bapa kanak-kanak itu, Low Yee Shang, 31, di bawah Akta Kanak-Kanak kerana kecuaian meninggalkan anaknya di dalam kenderaan pacuan empat roda dengan enjin masih hidup.
"Kanak-kanak itu masih belum (dapat) dikesan dan saya mengarahkan pihak OCCI mengkaji siasatan.
"Mungkin mendakwa (si bapa) di bawah akta kanak-kanak atas kecuaiannya meninggalkan anak yang masih kecil dalam kenderaan dengan enjin hidup dan pergi ke tandas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Hamza berkata polis menjalankan 'Op Tutup' bagi menjejaki kanak-kanak itu di seluruh negeri termasuk di terminal bas dan laluan sempadan negeri Sarawak.
"Berdasarkan maklumat setakat ini tiada perkembangan terbaharu dan kita masih menjejaki kanak-kanak itu ke seluruh negeri," katanya.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa berpakaian t-shirt putih dan berseluar pendek difahamkan sedang lena tidur di dalam kenderaan berkenaan sebelum polis menemui kenderaan itu di Menara Jam, Bukit Bendera pada kira-kira pukul 9.30 pagi, Jumaat lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengurung dengan sulit atau dengan salah yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 088-529270, 088-529207 atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-3572935.
Bernama
Sun May 11 2014
![Polis kaji dakwa bapa kanak-kanak hilang bersama pacuan empat roda Polis kaji dakwa bapa kanak-kanak hilang bersama pacuan empat roda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81362886012_295x200.jpg)
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Skandal RM1.5 juta Bukit Aman: Pegawai kanan polis antara enam ditahan Skandal RM1.5 juta Bukit Aman: Pegawai kanan polis antara enam ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448160500_khalidabubakar.jpg)
Skandal RM1.5 juta Bukit Aman: Pegawai kanan polis antara enam ditahan
Pegawai kanan polis antara enam ditahan berhubung dakwaan salah laku melibatkan lebih RM1.5 juta peruntukan membaik pulih dan menaik taraf ibu pejabat polis di Bukit Aman.
![Polis kaji dakwa bapa kanak-kanak hilang bersama pacuan empat roda Polis kaji dakwa bapa kanak-kanak hilang bersama pacuan empat roda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81362886012_295x200.jpg)
Polis kaji dakwa bapa kanak-kanak hilang bersama pacuan empat roda
Polis berkemungkinan akan menyiasat bapa kanak-kanak itu, Low Yee Shang, 31, di bawah Akta Kanak-Kanak kerana kecuaian meninggalkan anaknya di dalam kenderaan pacuan empat roda dengan enjin hidup.
![Dua warga Jerman diculik di perairan Filipina, bukan di Sabah - Hamza Dua warga Jerman diculik di perairan Filipina, bukan di Sabah - Hamza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/61363413712_295x200.jpg)
Dua warga Jerman diculik di perairan Filipina, bukan di Sabah - Hamza
Dua lelaki warga Jerman yang dilaporkan diculik hari ini disahkan berlaku di perairan Filipina.
![Empat ditahan dalam kes penculikan Semporna Empat ditahan dalam kes penculikan Semporna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/71396524989_295x200.jpg)
Empat ditahan dalam kes penculikan Semporna
Empat orang telah ditahan berkaitan dengan kejadian penculikan di Singamata Reef Resort Semporna, Sabah.
![Dua diculik sekumpulan lelaki di sebuah resort di Semporna Dua diculik sekumpulan lelaki di sebuah resort di Semporna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/51396496781_295x200.jpg)
Dua diculik sekumpulan lelaki di sebuah resort di Semporna
Tujuh lelaki menyerbu sebuah resort di Semporna serta menculik seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China.
![Polis percaya mangsa culik Pulau Pom Pom masih hidup Polis percaya mangsa culik Pulau Pom Pom masih hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81362886012_295x200.jpg)
Polis percaya mangsa culik Pulau Pom Pom masih hidup
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengesahkan lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri dan usaha menjejaki kumpulan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan.
![Hamza: Penumpang trak yang terkorban Hamza: Penumpang trak yang terkorban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/71362893878_295x200.jpg)
Hamza: Penumpang trak yang terkorban
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menegaskan anggota tentera yang terkorban dalam kemalangan di kilometer 37 Jalan Lahad Datu Tengku pagi semalam bukanlah pemandu trak.