JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah setelah merampas pelbagai dadah dan menyita aset yang mencecah nilai RM1.1 juta dalam tiga serbuan berasingan di sekitar negeri ini, Selasa lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata serbuan yang dijalankan pada pukul 11.15 pagi itu membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing serta seorang lelaki dan wanita tempatan berusia lingkungan 32 hingga 49 tahun yang dipercayai ahli sindiket berkenaan.
"Hasil serbuan di sekitar Iskandar Puteri dan Pekan Nanas, Pontian itu berjaya merampas pelbagai dadah termasuk syabu, ketamin dan pil erimin 5 yang dianggarkan boleh digunakan seramai 77,280 penagih dadah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata modus operandi sindiket yang mula aktif sejak Mac lepas itu adalah dengan menyewa pangsapuri mewah 'gated and guarded' untuk dijadikan tempat penyimpanan dadah.
Katanya, turut disita aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM463,598 melibatkan wang tunai, barangan kemas dan enam kenderaan pelbagai jenis.
Menurut Kamarul Zaman, saringan awal ke atas kesemua individu terbabit mendapati dua daripadanya positif dadah jenis methamphetamine dan dua daripadanya mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.
Katanya, kesemua suspek direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 25 (1) (n).
Menurut beliau sejak 1 Jan hingga semalam, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor telah menahan 8,821 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas 2.29 tan dadah bernilai RM11.21 juta serta menyita harta bernilai RM6 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat (tengah) melihat barang rampasan berupa wang tunai, barang kemas dan lain-lain yang dipamerkan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. - Foto BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.

Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama

Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.

Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.