Pihak polis sedang menjejaki lima lagi pelancong asing yang disyaki berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah mendapatkan maklumat lanjut mengenai mereka daripada empat suspek yang direman semalam.
"Daripada gambar yang diterima, ada 10 individu tetapi hanya nama lima orang yang dikenal pasti dan yang lain-lain kita akan cuba dapatkan daripada suspek yang ditahan," katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontingen Sabah.
Jalaluddin berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Imigresen akan berusaha mengenal pasti identiti pelancong berkenaan, namun sehingga kini belum ada maklumat diterima.
Beliau berkata pihaknya sukar mengenal pasti identiti pelancong itu kerana mereka tidak meletakkan nama sebenar dan negara asal dalam buku daftar pendaki.
Pada Rabu, empat warga asing termasuk dua wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Menurut Jalaluddin, mereka merupakan pasangan adik-beradik warga Kanada dan seorang lelaki warga Belanda yang menyerah diri di Balai Polis Karamunsing pada Selasa.
Seorang lagi suspek merupakan wanita warga British yang ditahan di Lapangan Terbang Tawau pada Selasa ketika hendak berlepas ke Kuala Lumpur.
Bernama
Thu Jun 11 2015

Pada Rabu, empat warga asing termasuk dua wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. - Foto Facebook

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.

Mayat lelaki bogel ditemui terapung dalam sungai
Lelaki berkenaan dipercayai berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun dengan identiti belum dikenal pasti.

Lelaki bogel tersepit dalam dinding berjaya diselamatkan
Siasatan awal turut mendapati mangsa terjatuh ke dalam ruangan tersebut dari tandas lelaki.

Polis Selangor terima 220 laporan kes peras ugut sebar video aksi lucah
Sebanyak 220 kes jenayah pemerasan sebar gambar dan video lucah dilaporkan dalam enam bulan pertama tahun ini.

Wanita trauma dakwa gambar separuh bogel tersebar di media sosial
Mangsa, 43, berkata, gambar itu tersebar sebanyak dua kali semasa sesi Facebook Live pada 12 Februari dan 18 Mac lalu selain di muat naik di saluran YouTube.

"Maafkan kami, kecuaian ini tidak sepatutnya berlaku" - penganjur ekspo tatu minta maaf pada rakyat Malaysia
Selepas dikritik dan dikecam oleh segenap lapisan masyarakat, penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 tampil memohon maaf.

Peragaan separuh bogel: Mustahil kerajaan akan luluskan - Menteri
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementerian iaitu Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) untuk menyiasat perkara tersebut.

'Orang minyak' berbogel cuba pecah masuk rumah
Mangsa telah lihat di bawah dan ternampak kelibat seorang lelaki dalam keadaan berbogel cuba mengumpil tingkap depan rumahnya

Lelaki tunggang motosikal sambil berbogel ditahan, beri alasan 'hot'
Polis Jerman menahan seorang lelaki selepas didapati menunggang motosikal dalam keadaan bogel.

Tan Sri Tony tanggal baju demi...
Kali ini usahawan terkenal itu bergambar tanpa memakai berbaju dan mempamerkan tubuhnya bak seorang ahli bina badan lalu memuat naik foto berikut di laman Instagram buat tatapan semua pengikutnya.