Polis menggesa lebih 300 jemaah di Sabah yang dikesan menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini untuk hadir ke hospital bagi menjalani pemeriksaan saringan COVID-19.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, untuk rekod, pihaknya telah diminta untuk mengesan lebih 1,000 jemaah tabligh yang terlibat namun hanya 700 sahaja berjaya dikesan untuk tujuan itu.
Beliau berkata, sehubungan itu polis meminta kerjasama 300 lagi jemaah supaya tampil segera.
“Kerjasama yang diberikan oleh tabligh di Sabah sangat baik sebenarnya, namun masalahnya kita tidak tahu dimana keberadaan lagi lebih 300 jemaah berkenaan.
"Saya menyeru agar mereka segera tampil untuk buat saringan kesihatan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
"Ini berikutan terdapat dalam kalangan jemaah daripada perhimpunan itu didapati positif virus tersebut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kota Kinabalu, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, para jemaah tabligh yang disyaki, disarankan tidak khuatir memandangkan polis tidak akan menangkap mereka namun kerjasama untuk tampil segera amat diharapkan bagi membendung penularan COVID-19.
“Jangan takut kerana kita tidak akan tangkap.
"Apa yang paling penting adalah saringan kesihatan dan kalau didapati sihat, mereka akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Sementara itu, Zaini berkata, setakat ini hanya satu kes direkodkan melibatkan individu enggan bekerjasama dengan petugas perubatan untuk menjalani ujian pemeriksaan.
Menurut beliau lagi, kejadian itu berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini membabitkan seorang lelaki berusia 80 tahun yang dipercayai kontak pertama COVID-19 selepas anak lelakinya dikesan menghadiri jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur.
Ruzaini Zulkepli
Sat Mar 21 2020
![Polis gesa 300 anggota tabligh Sabah tampil jalani ujian pemeriksaan COVID-19 Polis gesa 300 anggota tabligh Sabah tampil jalani ujian pemeriksaan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51584545563_tabligh.jpg)
Polis menggesa lebih 300 jemaah di Sabah yang dikesan menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini untuk hadir ke hospital bagi menjalani pemeriksaan. - Gambar fail
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81608387912_NoorHishamAbdullah.jpg)
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
![Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603601255_AgongIstanaNegara.jpg)
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
![Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603025397_swab.jpg)
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
![COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601728772_TBRazmanZakaria.jpg)
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
![Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19 Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602998994_PenjaraPenang.jpg)
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
![SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602747290_SekolahTutup.jpg)
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
![Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19 Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602580788_COVID.jpg)
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
![Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/41573573864_Kapalaterbang.jpg)
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
![Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51601981174_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
![COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601974463_DatukDrNoorHisham.jpg)
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.