Polis mendapat beberapa petunjuk baharu dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kejadian seorang ahli perniagaan wanita maut ditembak semasa memandu di Taman Pekaka 1, Glugor di sini semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Tye berkata pihaknya juga percaya dengan beberapa petunjuk itu, ia akan dapat membawa polis untuk mengenal pasti suspek yang melakukan jenayah berkenaan.
"Kami tidak boleh maklumkan (petunjuk) kerana ia dalam siasatan. Cuma apa yang saya boleh katakan apabila dia (suspek) lakukan jenayah di khalayak ramai dan sekarang ini dengan pelbagai teknologi seperti telefon bimbit serta sebagainya ia sangat membantu polis.
"Polis juga mendapat bantuan daripada orang awam iaitu rakaman video dan gambar ketika kejadian dan saya percaya melalui (rakaman) itu kami dapat kenal pasti siapa yang melakukan jenayah itu," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Ikrar Bulanan Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa berusia 49 tahun itu memandu kereta jenis BMW seorang diri apabila dihampiri dua lelaki menunggang motosikal yang melepaskan lebih 10 das tembakan ke arahnya.
Mangsa dikenal pasti seorang ahli perniagaan dalam bidang logistik perkapalan, ditembak dari cermin sisi pemandu dan enam das tembakan mengenai dadanya.
Chuah berkata polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai rakaman video atau gambar semasa kejadian tembakan itu agar menyerahkan kepada pihaknya bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Selain itu, kami juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian termasuk di kawasan sekeliling dan penduduk di situ yang mempunyai rakaman (CCTV) juga diminta bekerjasama dengan polis kerana suspek yang terlibat ini sangat berbahaya dan perlu ditangkap segera," katanya.
Katanya setakat ini siasatan mendapati kes terbabit tiada kaitan dengan geng kongsi gelap atau gengster dan polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.
"Kami siasat daripada semua aspek termasuk perniagaan mangsa, perniagaan suaminya atau motif-motif lain yang dipercayai ada kemungkinan. Suaminya menjalankan perniagaan berkaitan pusat hiburan," katanya.
Chuah berkata suspek menggunakan pistol jenis auto dan polis menemukan sejumlah kelongsong peluru jenis .99m di kawasan kejadian.
Dalam pada itu, beliau menafikan mangsa yang ditembak itu hamil seperti dilaporkan beberapa portal media dan turut meminta semua pihak agar tidak memutar belit atau menyebarkan khabar angin berhubung kejadian itu.
Katanya beri ruang kepada pihaknya menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kejadian itu dan beliau percaya polis akan dapat selesaikan kes berkenaan dalam masa terdekat.
"Saya percaya dengan bantuan beberapa pihak termasuk keluarga mangsa, kami akan mendapatkan beberapa maklumat dan petunjuk baharu selepas ini. Saya juga tidak akan dedahkan motosikal dan nombor pendaftaran yang digunakan suspek setakat ini kerana masih dalam siasatan polis," katanya. --Bernama
Bernama
Wed Feb 22 2017
Kes tembakan yang berlaku di Taman Pekaka pada 21 Februari 2017. - Gambar fail.
Sebelum dan selepas kemusnahan di Pacific Palisades
Rangka bangunan, besi bengkok, debu dan sampah sarap, itu sahaja yang tinggal susulan kebakaran hutan di Los Angeles.. Sebelum ini kawasan tersebut dipenuhi dengan kedai barangan mewah serta kawasan perumahan golongan elit Hollywood.
170 kes kolera direkod di Angola
Dalam tempoh 24 jam lepas, tiga kematian akibat kolera dan 51 kes baharu telah dilaporkan.
Hanya tinggal kenangan di Pacific Palisades
Kawasan kejiranan mewah yang didiami ramai selebriti Hollywood kini hanya tinggal kemusnahan akibat kebakaran hutan di Pacific Palisades. Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban manakala ribuan rumah dan kedai musnah dijilat api.
Polis sita 60 motosikal Op Samseng Jalanan
Polis menyita 60 motosikal dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Utusan khas Asia Barat Trump bertemu Netanyahu
Utusan Timur Tengah Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, Steve Witkoff, bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Sabtu untuk mengusahakan gencatan senjata di Gaza.
Pejabat Netanyahu menyatakan bahawa selepas pertemuan itu, beliau menghantar delegasi peringkat tinggi termasuk ketua Mossad ke Qatar.
Pejabat Netanyahu menyatakan bahawa selepas pertemuan itu, beliau menghantar delegasi peringkat tinggi termasuk ketua Mossad ke Qatar.
Persiapan mangsa banjir rai Tahun Baharu Cina serba sederhana
Musibah itu memberi kesan cukup mendalam kerana masa dan tenaga dihabiskan untuk membersihkan rumah serta membeli kelengkapan.
Liga Super: Kurang yakin punca kekalahan - Sabah FC
Stano tetap positif bahawa Sabah FC mampu untuk mencapai sasaran berada dalam kedudukan tiga teratas Liga Super bagi musim ini.
7 maut, 65 cedera letupan stesen minyak di Yaman
Tujuh orang maut manakala 65 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah stesen minyak di wilayah Al Bayda'.
Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
Utusan Asia Barat Trump bertemu Netanyahu
Steve Witkoff bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Sabtu untuk mengusahakan gencatan senjata di Gaza.
Pelabur dakwa ditipu pelaburan emas, rugi lebih RM5 juta
Seorang ahli perniagaan wanita mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan emas membabitkan kerugian lebih RM5 juta termasuk pelaburan daripada 300 pelabur lain.
Nadiah Wan muncul CEO termuda dalam senarai 'Power Businesswomen 2021' Forbes Asia
Nadiah yang memegang dua jawatan ketua pegawai eksekutif merupakan individu paling muda dalam senarai itu tahun ini.
Joanne Kua dari Malaysia disenarai dalam Emergent 25 Forbes Asia
Hanya berusia 33 tahun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif KSK Group itu menyertai perniagaan insurans dan kewangan bapanya kira-kira tujuh tahun yang lalu.
Polis dapat petunjuk baharu kes tembak ahli perniagaan
Polis Pulau Pinang juga percaya dengan beberapa petunjuk itu, ia akan dapat membawa polis untuk mengenal pasti suspek yang melakukan jenayah berkenaan.