IPOH: Polis sedang memburu beberapa orang suspek yang terbabit dalam kes mendatangkan kecederaan dan kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya telah mengesan beberapa video yang tular di media sosial serta mendapat perhatian umum.
"Dalam isu ini, PDRM Ipoh telah terima dua laporan polis mengenai dua kejadian berasingan tetapi berkaitan.
"Kekecohan yang berlaku di HRPB hari ini lebih kurang jam 12.20 tengah malam (Sabtu) melibatkan sekumpulan lelaki warga tempatan yang ingin menghantar mangsa-mangsa cedera ke hospital.
"Kemudian berlaku perselisihan faham dengan pengawal keselamatan hospital," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, pihak polis telah mengambil tindakan segera di tempat kejadian dan mengawal keadaan.
Katanya lagi, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh).
Dalam pada itu katanya, bagi kes kedua yang berlaku sebelum kejadian di HRPB merupakan kes mendatangkan kecederaan oleh seorang lelaki warga tempatan, menggunakan senjata tajam.
"Dalam kejadian itu, tiga individu telah dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di HRPB.
"Punca kejadian disyaki perselisihan faham di antara dua keluarga mengenai isu percintaan, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah)," katanya.
Justeru pihak polis sedang memburu suspek-suspek yang terlibat dalam kedua-dua kes tersebut.
Sehubungan itu katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500019.
Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan kekeceohan di pekarangan HRPB sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Aida Aziz
Sat Feb 19 2022
![Polis buru suspek terbabit kes tular kekecohan di pekarangan HRPB Polis buru suspek terbabit kes tular kekecohan di pekarangan HRPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645286797_TBSUSPEKREMAN.jpg)
Polis sedang memburu beberapa orang suspek yang terbabit dalam kes mendatangkan kecederaan dan kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini. - Foto media sosial
Menanti 'magis' skuad badminton di suku akhir
Wartawan Astro ARena, Ahmed Shahrazad Sani membawakan perkembangan terkini temasya Olimpik Paris 2024 melibatkan kem badminton negara.
Himpunan penghormatan terakhir Ismail Haniyeh
Kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menggemparkan dunia ketika rundingan gencatan senjata perang Israel di Gaza masih berlangsung.
Kesannya turut dirasai di Malaysia dengan satu himpunan dianjurkan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada pejuang kemerdekaan Palestin itu di ibu negara.
Laporan lanjut bersama rakan setugas, Irfan Faruqi.
Kesannya turut dirasai di Malaysia dengan satu himpunan dianjurkan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada pejuang kemerdekaan Palestin itu di ibu negara.
Laporan lanjut bersama rakan setugas, Irfan Faruqi.
Israel jalankan siasatan penilaian
Memetik media antarabangsa, tentera rejim zionis itu dalam kenyataan ringkas juga enggan mengulas lanjut berhubung serangan tersebut, yang dikaitkan dengan Israel.
Jenazah Ismail Haniyeh dikebumi di Doha pada Jumaat
Kumpulan Hamas berkata jenazah pemimpin berusia 62 tahun itu kemudiannya akan dibumikan di ibu negara Qatar pada Jumaat.
![Penjawat awam perlu terus berikan khidmat profesional, berintegriti - KSN Penjawat awam perlu terus berikan khidmat profesional, berintegriti - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707819240_MohdZukiAli.jpg)
Penjawat awam perlu terus berikan khidmat profesional, berintegriti - KSN
Penjawat awam diingatkan untuk terus memberikan perkhidmatan dengan penuh profesional serta berintegriti terutama sekali dalam era pascanormal yang mencabar dan ketidaktentuan.
Anwar kongsi kesedihan dengan anggota biro politik Hamas
Perdana Menteri turut berkongsikan rakaman perbualan beliau bersama Anggota Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim.
Anwar berkata pemakluman yang mengejutkan itu diterima sewaktu beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Rabu, dan seluruh Jemaah Menteri terkejut dengan kegilaan rejim Zionis Israel yang menganggap perang dan keganasan ini boleh berakhir dengan cara menyerang dan menyeksa rakyat Palestin.
Anwar berkata pemakluman yang mengejutkan itu diterima sewaktu beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Rabu, dan seluruh Jemaah Menteri terkejut dengan kegilaan rejim Zionis Israel yang menganggap perang dan keganasan ini boleh berakhir dengan cara menyerang dan menyeksa rakyat Palestin.
PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insiden terhadap Ismail merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji yang wajib dikecam sekeras-kerasnya.
![KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan
KKM membelanjakan sebanyak RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 buah klinik kesihatan di seluruh negara di bawah PSK dengan kontrak selama 5 tahun bermula tahun 2022.
![Bursa Malaysia melantun semula susulan momentum positif Bursa Malaysia melantun semula susulan momentum positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia melantun semula susulan momentum positif
Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi positif di pasaran serantau.
AWANI Borneo [31/07/2024] - Temu duga Ogos | Tiket mahal | Sindiket pas lawatan IMM13
AWANI Borneo 31 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
1. SPP adakan pengambilan khas atasi kekurangan guru Sarawak.
2. Kementerian Pengangkutan diminta pantau kadar tambang laluan Sabah dan Sarawak.
3. Dua penguatkuasa ahli sindiket pengeluaran Pas Lawatan IMM13 ditahan.
1. SPP adakan pengambilan khas atasi kekurangan guru Sarawak.
2. Kementerian Pengangkutan diminta pantau kadar tambang laluan Sabah dan Sarawak.
3. Dua penguatkuasa ahli sindiket pengeluaran Pas Lawatan IMM13 ditahan.
![Polis tahan 4 lelaki, rampas pelbagai pistol, peluru Polis tahan 4 lelaki, rampas pelbagai pistol, peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722230618_rampasansungaibak.jpg)
Polis tahan 4 lelaki, rampas pelbagai pistol, peluru
Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan dalam siri serbuan di sekitar negeri itu, pada Sabtu.
![Copa America: Scaloni pertahan tindakan pemain Uruguay, risau keselamatan aksi final Copa America: Scaloni pertahan tindakan pemain Uruguay, risau keselamatan aksi final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720931583_DarwinNunez.jpg)
Copa America: Scaloni pertahan tindakan pemain Uruguay, risau keselamatan aksi final
Lionel Scaloni, berkata, dia memahami reaksi pemain Uruguay yang menceroboh di tempat penonton untuk melindungi ahli keluarga mereka selepas separuh akhir Copa America antara Uruguay dan Colombia.
![Copa America: Luis Suarez buktikan sukar buang tabiat lama Copa America: Luis Suarez buktikan sukar buang tabiat lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720760399_LuisSuarez.jpg)
Copa America: Luis Suarez buktikan sukar buang tabiat lama
LUIS Suarez mencetuskan adegan pelik selepas separuh akhir Copa America antara Uruguay dan Colombia, selepas bertengkar secara fizikal dengan pemain Colombia, Miguel Borja.
![Copa America: CONMEBOL siasat insiden pergaduhan babit Nunez Copa America: CONMEBOL siasat insiden pergaduhan babit Nunez](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757885_DarwinNunez.jpg)
Copa America: CONMEBOL siasat insiden pergaduhan babit Nunez
PENGANJUR Copa America, CONMEBOL membuka siasatan disiplin susulan 'tindakan keganasan' selepas aksi separuh akhir pada Khamis antara Uruguay dan Colombia di Charlotte.
![Euro 2024: Sembilan pegawai cedera dalam pergaduhan sebelum perlawanan Denmark-Serbia Euro 2024: Sembilan pegawai cedera dalam pergaduhan sebelum perlawanan Denmark-Serbia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719413014_denmarkserbia.jpg)
Euro 2024: Sembilan pegawai cedera dalam pergaduhan sebelum perlawanan Denmark-Serbia
Denmark seri 0-0 dengan Serbia lewat Selasa, menyebabkan Serbia tersingkir dari kejohanan.
![Pekerja ladang wanita maut dipukul rakan sekerja Pekerja ladang wanita maut dipukul rakan sekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718707936_HandcuffGari.jpg)
Pekerja ladang wanita maut dipukul rakan sekerja
Selepas tujuh hari bertarung nyawa, seorang pekerja ladang maut akibat dipukul rakan sekerja dalam satu pergaduhan di sebuah ladang di Paitan.
![Lelaki maut, rakan parah bergaduh di pusat hiburan Lelaki maut, rakan parah bergaduh di pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718527087_tbmautpergaduhan.jpg)
Lelaki maut, rakan parah bergaduh di pusat hiburan
Lelaki berusia 20-an itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
![Insiden 'one by one, gentleman': Pemilik kedai, pelanggan berbaik atas semangat perpaduan Insiden 'one by one, gentleman': Pemilik kedai, pelanggan berbaik atas semangat perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718284476_ONEBYONEGENTLEMAN.jpg)
Insiden 'one by one, gentleman': Pemilik kedai, pelanggan berbaik atas semangat perpaduan
Goh Yap Eng dan seorang lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu mencapai kata sepakat untuk menarik balik kes masing-masing.
![Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713966008_PolisLogoPolisP.jpg)
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
![Empat ditahan bergaduh di kasino, saki-baki terlibat diburu polis Empat ditahan bergaduh di kasino, saki-baki terlibat diburu polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712505066_POLISBentong.jpg)
Empat ditahan bergaduh di kasino, saki-baki terlibat diburu polis
Pihak polis menerima maklumat pergaduhan melibatkan lebih kurang 10 lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 50 tahun kira-kira 4 pagi.