KOTA BHARU: Polis giat memburu suspek dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta peronda polis (MPV) model Proton Preve ketika cuba ditahan berhampiran Jalan Panji di sini, semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kejadian berlaku pada 3.30 pagi, ketika polis membuat rondaan cegah jenayah susulan laporan berlaku kes pecah rumah di kawasan berkenaan.
"Semasa rondaan dilakukan, anggota berkenaan telah mengesan sebuah kereta jenir Perodua Viva yang dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak mengejar kenderaan dinaiki suspek.
"Sebaik tiba di Jalan Perempuan Zainab II, penumpang hadapan kenderaan tersebut melepaskan satu das tembakan dan mengenai cermin hadapan sebelah kanan MPV polis sebelum melarikan diri," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Muhamad Zaki berkata dua anggota polis yang berada dalam MPV berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya berjaya menemukan kereta suspek di Taman Desa Rahmat, Kubang Kerian.
"Siasatan lanjut dilakukan dan polis sudah mengenal pasti identiti suspek. Kita percaya suspek tinggal di sebuah bilik yang dijadikan inap desa. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
"Pada masa sama siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata polis menahan tiga lelaki dan merampas dua pistol termasuk satu pistol tiruan menerusi dua serbuan berasingan di Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai, semalam.
Beliau berkata kesemua suspek yang juga penganggur dan buruh berusia 31 hingga 45 tahun itu ditahan di dua rumah berasingan pada 11 pagi dan 7.30 malam.
"Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama seminggu bermula hari ini hingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Muhamad Zaki berkata kejadian berlaku ketika polis membuat rondaan cegah jenayah susulan laporan berlaku kes pecah rumah di kawasan berkenaan. - Gambar fail
Jenayah: Tak puas hati motosikal kena tarik, wanita nekad bakar
Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping pada Khamis dan video kejadian itu tular di media sosial.
Kes kucing mati di UM: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis rakam keterangan tujuh individu termasuk pensyarah, pelajar, dan aktivis haiwan berhubung kes kematian kucing di UM. Bedah siasat dijalankan untuk punca sebenar.
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta
Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.
Malaysia perlu perkukuh keselamatan ASEAN
Malaysia dijangka mengambil pendekatan lebih tegas terhadap isu keselamatan ASEAN pada tahun 2025 Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Mohamed Redza Zakaria.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
[TERKINI] Ramalan cuaca: MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak.
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
Polis buru suspek tembak MPV di Kelantan
Polis giat memburu suspek dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta peronda polis (MPV) model Proton Preve ketika cuba ditahan berhampiran Jalan Panji di sini, semalam.