Polis sedang memburu lima lagi suspek bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan di Kompleks Pentadbiran Narkotik Kastam, di Kampung Jijan, Nilai, Ahad lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata antara suspek yang dipercayai dapat membantu siasatan ialah Tong Lip Seong dan Tung Seong Leong yang masing-masing berusia 30 tahun dan beralamat di Port Dickson.
“Dalam laporan yang dibuat pengawal keselamatan yang bertugas semasa hari kejadian, terdapat 10 lelaki bertopeng memecah masuk dan melarikan 60 kotak berisi inai, di mana ada di antara kotak-kotak itu yang mengandungi dadah, dari salah sebuah kontena yang disimpan di dalam kompleks berkenaan.
“Namun siasatan polis berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati bilangan suspek bertopeng yang terlibat dalam kes ini sekitar enam ke tujuh orang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Wan Rukman Wan Hassan.
Mengenai kejadian samun itu, Noor Azam berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.00 pagi, di mana suspek terlibat yang menggunakan tiga buah kenderaan dan memecah masuk kompleks itu sebelum mengikat tangan, kaki dan mulut kedua-dua pengawal yang bertugas.
“Suspek kemudiannya bertindak memecahkan sebuah daripada kontena di situ dan melarikan 60 kotak berisi inai dan kami percaya ada di antara kotak-kotak ini mengandungi dadah jenis ketamin dan heroin.
“Anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan lagi kerana daripada 60 kotak yang disamun, dipercayai ianya tidak semua mengandungi dadah,” katanya.
Noor Azam berkata siasatan mendapati kontena yang disita pihak kastam itu telah sampai dari Pakistan di Pelabuhan Klang pada 7 Mei lepas.
Pemeriksaan pihak kastam pada 7 Jun mendapati daripada 650 kotak berisi inai di dalam kontena itu, ada di antaranya mengandungi dadah dan terdapat dua kontena yang mempunyai kandungan yang serupa.
“Pada 18 Julai, kedua-dua kontena berkenaan dibawa ke Stor Narkotik iaitu di tempat kejadian untuk siasatan lanjut oleh pihak kastam,” katanya.
Susulan laporan yang dibuat pada Ahad lepas, polis telah menahan lima suspek berusia lingkungan 24-61 tahun, iaitu dua pengawal keselamatan yang bertugas semasa hari kejadian, dua anggota kastam dan satu orang awam.
“Rentetan penangkapan orang awam berkenaan, polis merampas sebahagian kotak-kotak inai yang terbakar, sepeket plastik lutsinar mengandungi kristal dipercayai dadah ketamin seberat 48.32 gram.
“Barang lain yang dirampas ialah dua buah kereta, satu alat timbang, tujuh telefon bimbit, satu beg, dan wang tunai RM58,973,” katanya.
Kesemua suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Bernama
Tue Aug 07 2018
![Polis buru lima suspek samun Kompleks Pentadbiran Narkotik Kastam Polis buru lima suspek samun Kompleks Pentadbiran Narkotik Kastam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61533639024_DatukNoorAzam.jpg)
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin menunjukkan dadah yang disimpan dalam bungkusan inai susulan kejadian samun berkumpulan di stor penyimpanan barang kes JKDM), Kampung Jijan pada sidang media di IPK Negeri Sembilan hari ini.
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Buru hidupan liar untuk juadah raya Buru hidupan liar untuk juadah raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712885270_pemburuharam.jpg)
Buru hidupan liar untuk juadah raya
Daging hidupan liar diburu kerana mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminatnya.
![Polis buru dua lelaki samun kedai emas Polis buru dua lelaki samun kedai emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652479024_PolisBuru.jpg)
Polis buru dua lelaki samun kedai emas
Semasa kejadian kesemua pekerja selamat dan mereka berlindung di sebalik stor di dalam kedai emas berkenaan.
![Polis buru wallaby terlepas dari zoo Polis buru wallaby terlepas dari zoo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632630238_Wallaby.jpg)
Polis buru wallaby terlepas dari zoo
Kali terakhir wallaby yang diberi nama Eddie itu dilihat, adalah di luar sebuah pub di bandar berkenaan.
![Video promosi judi: Polis buru sindiket utama Video promosi judi: Polis buru sindiket utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618780193_DevKumarMMSree.jpg)
Video promosi judi: Polis buru sindiket utama
Siasatan awal mendapati dua video mempromosi perjudian secara dalam talian yang tular di media sosial itu adalah daripada produksi yang sama.
![Polis buru banduan lari dari Penjara Pengkalan Chepa Polis buru banduan lari dari Penjara Pengkalan Chepa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616839674_PRISONJAIL.jpg)
Polis buru banduan lari dari Penjara Pengkalan Chepa
Polis sedang giat memburu seorang banduan lelaki yang melarikan diri dengan memanjat pagar di kawasan menara di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
![Tahanan 'cuci duit' lari curi tumpuan Tahanan 'cuci duit' lari curi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602900408_TBHuzirMohamed.jpg)
Tahanan 'cuci duit' lari curi tumpuan
Rata-rata netizen menyifatkan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan lelaki yang didakwa suspek utama itu melarikan diri ketika masih berada dalam kawasan SPRM yang berpagar.
![11 individu ingkar PKPP diminta lunaskan bayaran kompaun 11 individu ingkar PKPP diminta lunaskan bayaran kompaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598487027_DSPMulkiamanManzar.jpg)
11 individu ingkar PKPP diminta lunaskan bayaran kompaun
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar, keseluruhannya sebanyak 24 kes dikompaun RM1,000 kerana melanggar syarat PKP.
![Eksklusif: Hidupan liar ditemui dalam 'freezer', pemburu haram terus ceroboh khazanah negara! Eksklusif: Hidupan liar ditemui dalam 'freezer', pemburu haram terus ceroboh khazanah negara!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71593521052_PemburuanHaram.jpg)
Eksklusif: Hidupan liar ditemui dalam 'freezer', pemburu haram terus ceroboh khazanah negara!
Ketika negara sedang berperang dengan pandemik COVID-19, bagaimana pula nasib khazanah negara?
![COVID-19: Tempoh tawaran PATI tampil sukarela berakhir, kerajaan kembali 'buru' COVID-19: Tempoh tawaran PATI tampil sukarela berakhir, kerajaan kembali 'buru'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590843324_FBREAKIsmailSabriYa.jpg)
COVID-19: Tempoh tawaran PATI tampil sukarela berakhir, kerajaan kembali 'buru'
Bagaimanapun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri tempoh tawaran tersebut telah pun berakhir.
![Polis Thailand buru 10 suspek siri letupan di Bangkok Polis Thailand buru 10 suspek siri letupan di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41565022219_PolisThailand.jpg)
Polis Thailand buru 10 suspek siri letupan di Bangkok
Ketika ini tiada sebarang bukti yang menunjukkan mana-mana kumpulan tertentu atau ahli politik yang terlibat dengan kejadian itu.