KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan empat lelaki dipercayai warga tempatan disyaki terbabit dalam kes samun sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong di sini, petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, keempat-empat suspek dipercayai melakukan jenayah itu kira-kira 5.30 petang dengan memakai topeng muka dan bertopi keledar, serta bersenjatakan sebilah tukul dan kapak.
Beliau berkata suspek melarikan sejumlah barangan kemas berupa rantai leher dan rantai tangan yang nilainya dipercayai mencecah ratusan ribu ringgit.
"Ketika kejadian, seorang suspek berpura-pura mengimbas MySejahtera sebelum tiga lagi individu menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan dan melarikan sejumlah rantai tangan dan leher dalam tempoh kurang seminit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beh berkata ketika kejadian terdapat tujuh pekerja wanita di dalam premis tersebut dan seorang daripadanya pengsan akibat ditolak suspek.
Katanya pihaknya telah mengenal pasti dua motosikal digunakan dalam kejadian itu dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan, selain meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021
Seorang pekerja kedai emas berkenaan dilihat pengsan akibat ditolak suspek. - Astro AWANI
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga mahu siasatan, pemeriksaan menyeluruh di lokasi insiden tanah jerlus
Para peniaga di Jalan Masjid India berharap agar pihak berkuasa akan melakukan siasatan serta pemeriksaan menyeluruh mengenai keadaan tanah di kawasan itu.
Wanita cermin mata hitam larikan dua gelang emas
Dalam kejadian lebih kurang jam 12.45 tengah hari, mangsa didatangi suspek berbaju coklat dan memakai cermin mata hitam.
Rompakan kedai emas Kajang: Kerugian cecah RM3.2 juta, tujuh saksi dirakam keterangan
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
Samun kedai emas di Kota Warisan, 4 suspek diburu
Seramai tiga suspek lelaki telah masuk ke dalam pasar raya, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.
Konsultan didakwa muat naik iklan palsu guna gambar Tengku Bendahara Kelantan
Lelaki didakwa memuat naik iklan palsu di Facebook yang kononnya sebuah kedai emas akan dirasmikan Tengku Bendahara Kelantan.
Tiga lelaki terlibat samun bersenjata api ditahan
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abu Samah Mohd Noor berkata dengan penahanan ketiga-tiga suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh kes samun di tiga negeri berkenaan.
Wanita larikan bar emas 100 gram
Polis menahan seorang wanita yang melarikan satu bar emas seberat 100 gram bernilai RM29,000 dari sebuah kedai emas di Kampung Jawa selepas berpura-pura kononnya mahu melihatnya secara dekat,
Bilangan pengambilan pekerja asing tiga sektor akan ditentukan Jumaat ini - Sivakumar
Bilangan pengambilan pekerja asing bagi tiga sektor melibatkan kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas akan ditentukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini.
Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.