Polis sedang memburu dua penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam perlumbaan haram sehingga menyebabkan kematian di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Sharul Othman Mansor berkata dua penunggang itu dipercayai terbabit dalam pertaruhan sehingga menyebabkan kematian seorang lagi penunggang motosikal, Norazrin Azizan Abdul Aziz, 26, dan mendatangkan kecederaan terhadap pejalan kaki Mohd Azhan Baharudin, 25, ketika menyertai perlumbaan haram tersebut.
"Kedua-dua penunggang ini dikehendaki polis bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Buat masa ini polis sudah merakam percakapan penonton berhubung kejadian," katanya pada sidang media di Balai Polis Senawang ketika mengetuai Operasi Samseng Jalanan di sini, malam tadi.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Trafik JSPT Bukit Aman Superintendan Zakaria Abd Rahman dan Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman.
Sharul Othman berkata pihaknya percaya perlumbaan haram itu dianjurkan pihak tertentu dan kini sedang mengesan mereka yang terlibat bagi membantu siasatan.
Semalam, media melaporkan Norazrin Azizan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian ketika menerima rawatan pada 4.55 pagi akibat pendarahan otak.
Pada kejadian 6.30 pagi kelmarin, Norazrin Azizan dari Cherang Ruku, Semerak menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh Mohd Azhan yang cuba melintas jalan ketika kegiatan lumba haram itu berlangsung.
Akibat kejadian, Mohd Azhan putus kaki kiri dan patah kedua-dua belah tangan dan masih belum sedarkan diri di HUSM.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 19 2018

Pada kejadian 6.30 pagi Jumaat, Norazrin Azizan menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh Mohd Azhan yang cuba melintas jalan ketika kegiatan lumba haram itu berlangsung. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Buru hidupan liar untuk juadah raya
Daging hidupan liar diburu kerana mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminatnya.

Polis buru dua lelaki samun kedai emas
Semasa kejadian kesemua pekerja selamat dan mereka berlindung di sebalik stor di dalam kedai emas berkenaan.

Polis buru wallaby terlepas dari zoo
Kali terakhir wallaby yang diberi nama Eddie itu dilihat, adalah di luar sebuah pub di bandar berkenaan.

Video promosi judi: Polis buru sindiket utama
Siasatan awal mendapati dua video mempromosi perjudian secara dalam talian yang tular di media sosial itu adalah daripada produksi yang sama.

Polis buru banduan lari dari Penjara Pengkalan Chepa
Polis sedang giat memburu seorang banduan lelaki yang melarikan diri dengan memanjat pagar di kawasan menara di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Tahanan 'cuci duit' lari curi tumpuan
Rata-rata netizen menyifatkan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan lelaki yang didakwa suspek utama itu melarikan diri ketika masih berada dalam kawasan SPRM yang berpagar.

11 individu ingkar PKPP diminta lunaskan bayaran kompaun
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar, keseluruhannya sebanyak 24 kes dikompaun RM1,000 kerana melanggar syarat PKP.

Eksklusif: Hidupan liar ditemui dalam 'freezer', pemburu haram terus ceroboh khazanah negara!
Ketika negara sedang berperang dengan pandemik COVID-19, bagaimana pula nasib khazanah negara?

COVID-19: Tempoh tawaran PATI tampil sukarela berakhir, kerajaan kembali 'buru'
Bagaimanapun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri tempoh tawaran tersebut telah pun berakhir.

Polis Thailand buru 10 suspek siri letupan di Bangkok
Ketika ini tiada sebarang bukti yang menunjukkan mana-mana kumpulan tertentu atau ahli politik yang terlibat dengan kejadian itu.