Polis kini memburu individu yang menceroboh serta merosakkan tanah perkuburan Kristian di Riam pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, pencerobohan itu disedari setelah seorang pemuda berusia 26 tahun membuat laporan polis apabila mendapati kubur datuknya serta kubur lain diceroboh dan dirosakkan.
"Pengadu telah pergi ke kawasan perkuburan tersebut pada pukul 9.30 pagi semalam dan mendapati kubur datuknya telah dipecahkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Lim berkata, pengadu yang bekerja di sebuah hotel di sini mendapat barang milik datuknya di dalam kubur tersebut hilang dipercayai dicuri oleh individu tidak dikenali.
Katanya, kali terakhir kubur tersebut dilawati ialah pada minggu lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 23 2019
LIM: Pengadu telah pergi ke kawasan perkuburan tersebut pada pukul 9.30 pagi semalam dan mendapati kubur datuknya telah dipecahkan. - fotoBERNAMA
AGC usul larangan dalam kes Titah Tambahan Najib
Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan akan memohon perintah larangan (gag order) berkaitan semakan kehakiman yang melibatkan dakwaan titah tambahan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Permohonan ini bertujuan mengawal penyebaran maklumat berkaitan kes tersebut. #AWANInews
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan ‘menyembunyikan’ kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. #AWANInews
PLKN 3.0 bermula dengan lancar - Khaled Nordin
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, yang bermula hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan, telah disediakan pada tahap terbaik, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. #AWANInews
Isu halal: siasat pihak guna logo halal pada sandwich ada unsur babi - Dr. Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit susulan penemuan produk makanan 'ham dan cheese' yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM). #AWANInews
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.
AWANI Ringkas: Lebih 8,000 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis buru dalang ceroboh kubur Kristian di Miri
Kata Ketua Polis Daerah Miri ACP, pencerobohan itu disedari setelah seorang pemuda berusia 26 tahun membuat laporan polis apabila mendapati kubur datuknya serta kubur lain diceroboh dan dirosakkan.