Polis sedang mengenal pasti 15 lelaki bagi membantu siasatan kejadian rusuhan di sebuah restoran di Jalan Abdullah Tahir, di sini, Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata polis menerima laporan kejadian pada 5 pagi itu daripada dua pengadu yang kedua-duanya lelaki, iaitu seorang peniaga berumur 48 tahun dan rakannya yang hanya dikenali sebagai Faizal.
"Kejadian bermula pada 4.30 pagi ketika kedua-dua pengadu yang sedang berjalan kaki di Jalan Abdullah Tahir telah ternampak pergaduhan antara tiga lelaki dipercayai warga Indonesia dengan empat lelaki tempatan.
"Kedua-dua pengadu cuba meleraikan pergaduhan tersebut menyebabkan empat lelaki tempatan itu tidak berpuas hati. Kesemua empat lelaki itu turut mengajak kedua-dua pengadu berjumpa di sebuah restoran di jalan berkenaan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.
Shahurinain berkata kedua-dua pengadu yang sememangnya hendak menuju ke restoran terbabit kemudian telah didatangi kira-kira 15 lelaki tempatan yang menaiki empat kereta dan beberapa motosikal.
Beliau berkata 10 daripada 15 lelaki terbabit bertindak memukul kedua-dua pengadu dengan menggunakan kerusi di restoran berkenaan.
Katanya kejadian itu menyebabkan kedua-dua pengadu cedera di muka dan seluruh badan termasuk seorang daripadanya cedera di rusuk serta patah sebatang gigi.
Mereka turut kerugian wang tunai RM3,500 dan sebuah telefon bimbit yang dilarikan kesemua lelaki berkenaan.
"Siasatan mempercayai kejadian itu berlaku berpunca apabila pengadu telah menyelamatkan tiga lelaki warga Indonesia daripada dipukul suspek yang sama, menyebabkan suspek tidak berpuas hati lalu memanggil lagi rakan-rakan mereka.
"Seorang daripada pengadu (peniaga) lewat membuat laporan polis kerana dia telah balik berehat di rumah terlebih dahulu dan datang membuat laporan pada 3.50 petang semalam (Isnin). Pada 12.10 malam tadi, pengadu telah menarik balik laporan kerana tidak mahu meneruskan kes," katanya.
Menurut Shahurinain siasatan lanjut kes itu yang dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh masih diteruskan walaupun pengadu telah menarik balik laporan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 23 2018
![Polis buru 15 lelaki bantu siasatan merusuh di sebuah restoran Polis buru 15 lelaki bantu siasatan merusuh di sebuah restoran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460175272_gaduh.jpg)
Menurut Shahurinain, 10 daripada 15 lelaki terbabit bertindak memukul kedua-dua pengadu dengan menggunakan kerusi di restoran berkenaan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis buru 15 lelaki bantu siasatan merusuh di sebuah restoran Polis buru 15 lelaki bantu siasatan merusuh di sebuah restoran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460175272_gaduh.jpg)
Polis buru 15 lelaki bantu siasatan merusuh di sebuah restoran
Polis menerima laporan kejadian pada 5 pagi itu daripada dua pengadu yang kedua-duanya lelaki, iaitu seorang peniaga berumur 48 tahun dan rakannya yang hanya dikenali sebagai Faizal.