Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Kanun Keseksaan bagi menyiasat usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia berikutan pendedahan bekas eksekutif Petro Saudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Justeru itu, beliau berkata polis akan memanggil semula Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk merakam percakapan berikutan pengakuan terbarunya seperti yang dilaporkan akhbar The News Straits Times (NST).
"Tetapi kita tidak siasatan berdasarkan laporan akhbar...Apa yang dia (Pua) sendiri telah sebut...jadi kami perlu memanggil dia semula untuk kami rakam percakapan lanjutannya.
"Dia (Pua) sendiri pun dah mengaku ada beberapa perkara yang masa kami panggil hari itu dia tidak sebut, sekarang ini dia dah ingat jadi kami panggil dia semula untuk sambung percakapan," katanya pada sidang media selepas istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di sini hari ini.
Sebanyak 136 penerima yang berkhidmat ketika zaman darurat menerima pingat itu sempena ulang tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke-77, di Dewan Sri Pinang di sini.
Akhbar NST, dalam laporan muka depan hari ini mendedahkan Pua mengaku memperkenalkan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, individu yang melancarkan kempen memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pengurusan kanan The Edge Media Group.
Pua membuat pengakuan itu susulan kemunculan bukti siasatan kes Justo, tetapi pada masa sama menegaskan tidak mempunyai kaitan dengan kebocoran maklumat atau sebarang transaksi.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata beliau akan menghantar pegawai untuk merakam percakapan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika perhimpunan Bersih 4, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ditanya bila kenyataan Dr Mahathir akan diambil, Khalid berkata: "Kami akan lihat bila Tun Mahathir berkelapangan. Kami akan buat temu janji dengan beliau."
Bernama
Wed Sep 09 2015
![Polis buka kertas siasatan terhadap cubaan jatuhkan kerajaan Polis buka kertas siasatan terhadap cubaan jatuhkan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71439808901_IGP.jpg)
KHALID: Kita tidak siasatan berdasarkan laporan akhbar...Apa yang dia (Pua) sendiri telah sebut.
![Mantan CEO YouTube dan tokoh penubuhan Google meninggal dunia Mantan CEO YouTube dan tokoh penubuhan Google meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723346278_SusanWojcicki.jpg)
Mantan CEO YouTube dan tokoh penubuhan Google meninggal dunia
Mendiang Wojcicki terlibat dalam penubuhan Google pada tahun 1998 apabila menyewakan garaj miliknya di Menlo Park untuk dijadikan pejabat oleh pengasas Google.
![Gelang emas hilang 20 tahun ditemui semula Gelang emas hilang 20 tahun ditemui semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723344594_gelangemashilang.jpg)
Gelang emas hilang 20 tahun ditemui semula
Gelang emas seberat 19.53 gram itu dipercayai milik penghuni rumah terdahulu yang sudah lama meninggalkan kediaman berkenaan.
![PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721438703_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad memastikan persekitaran sekolah di seluruh negara sentiasa berada dalam keadaan baik.
4 lelaki ditahan bergaduh, lepas tembakan di pusat hiburan
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dalam kejadian pada jam 3.45 pagi itu, sekumpulan lelaki tempatan bersenjatakan pistol dan parang dilaporkan bergaduh selain turut dilaporkan melepaskan tembakan.
Mangsa banjir dua daerah di Perak menurun kepada 114 orang
Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Perak menurun kepada 114 orang daripada 38 keluarga pada tengah malam Sabtu, berbanding 123 daripada 41 keluarga di sebelah tengahari.
M Nasir rai ulang tahun kelahiran PM Anwar di konsert Cipta
Ribuan peminat yang terpukau dengan alunan merdu suara penghibur tersohor berkenaan yang telah mendendangkan beberapa lagu sebelum itu tidak melepaskan peluang turut sama menyanyikan lagu tersebut buat Perdana Menteri.
Mohamad ke Brunei sempena EOL-25 bermula hari ini hingga 12 Ogos
Wisma Putra dalam satu kenyataan menjelaskan, mesyuarat EOL merupakan mekanisme dua hala yang dipengerusikan bersama Mohamad dan rakan sejawatnya Datuk Seri Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.
Masyarakat Orang Asli Kuala Betis derita jalan rosak akibat lori balak
Lebih 40 tahun, masyarakat Orang Asli Kuala Betis terpaksa berkongsi jalan utama dengan lori balak, menyebabkan jalan rosak teruk dan membahayakan keselamatan penduduk.
![Ramai mangsa melecur teruk, hilang anggota badan dalam serangan di sekolah Gaza Ramai mangsa melecur teruk, hilang anggota badan dalam serangan di sekolah Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Ramai mangsa melecur teruk, hilang anggota badan dalam serangan di sekolah Gaza
Bilangan kematian dijangka meningkat kerana ramai mangsa berada dalam keadaan kritikal di bilik pembedahan hospital.
![Olimpik Paris 2024: Lin Yu Ting menang emas tinju kategori 57kg wanita Olimpik Paris 2024: Lin Yu Ting menang emas tinju kategori 57kg wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723343334_LinYuting.jpg)
Olimpik Paris 2024: Lin Yu Ting menang emas tinju kategori 57kg wanita
Peninju dari Taiwan itu menewaskan lawannya dari Poland dengan keputusan sebulat suara dalam pertarungan yang berlangsung di Roland Garros.
![Ahli politik perlu beri perhatian terhadap titah Sultan Johor - Penganalisis Ahli politik perlu beri perhatian terhadap titah Sultan Johor - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680599643_TBDEWANRAKYAT.jpg)
Ahli politik perlu beri perhatian terhadap titah Sultan Johor - Penganalisis
Ahli-ahli politik harus sedar bahawa apa yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim merupakan kegusaran baginda terhadap masa depan negara.
![Ahli Parlimen BN tak terlibat usaha jatuhkan kerajaan - Mohamad Ahli Parlimen BN tak terlibat usaha jatuhkan kerajaan - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683020966_MohamadHasan.jpg)
Ahli Parlimen BN tak terlibat usaha jatuhkan kerajaan - Mohamad
Barisan Nasional (BN) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat Ahli Parlimen dalam kalangan parti komponennya yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.
![Dakwaan jatuhkan kerajaan, USJT Bukit Aman akan siasat Abdul Hadi - Polis Dakwaan jatuhkan kerajaan, USJT Bukit Aman akan siasat Abdul Hadi - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666490784_HadiAwang.jpg)
Dakwaan jatuhkan kerajaan, USJT Bukit Aman akan siasat Abdul Hadi - Polis
Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
![Tiada cubaan goyahkan Kerajaan Perpaduan, ia memang tidak stabil - Mohd Amar Tiada cubaan goyahkan Kerajaan Perpaduan, ia memang tidak stabil - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663748198_TBAMARNIK.jpg)
Tiada cubaan goyahkan Kerajaan Perpaduan, ia memang tidak stabil - Mohd Amar
Tiada cubaan untuk mengoyahkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dicetuskan pembangkang termasuk dari Perikatan Nasional, PN.
![Ahmad Faizal tak percaya UMNO Perak berkomplot dengan pembangkang Ahmad Faizal tak percaya UMNO Perak berkomplot dengan pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603919989_AhmadFaizalAzumu.jpg)
Ahmad Faizal tak percaya UMNO Perak berkomplot dengan pembangkang
Pengerusi Bersatu Perak itu turut menzahirkan kepercayaan penuh beliau kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad, yang dianggap sebagai guru dalam bidang politik.
![Polis buka kertas siasatan terhadap cubaan jatuhkan kerajaan Polis buka kertas siasatan terhadap cubaan jatuhkan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71439808901_IGP.jpg)
Polis buka kertas siasatan terhadap cubaan jatuhkan kerajaan
Polis akan memanggil semula Tony Pua untuk merakam percakapan berikutan pengakuan terbarunya seperti yang dilaporkan akhbar NST.