BALIK PULAU: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut pada 8.46 malam, semalam.
"Pada 15 Mei (Rabu) kira-kira 8 pagi terkesan satu gambar dimuat naik oleh pemilik akaun X, "@UPDATE1111", dan susulan itu satu laporan diterima pada 8.46 malam.
"Hasil siasatan mendapati terdapat satu pesanan diterima pada 5.05 petang dan mempunyai perkataan menghina di bahagian remark atau nota pesanan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Kamarul Rizal turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu tersebut yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Semalam, tular di media sosial satu hantaran gambar resit yang dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di Kenari Avenue di sini dengan kenyataan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja) di ruangan 'remark' oleh seorang individu yang memesan makanan berkenaan.
Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz melalui hantaran di Facebook hari ini berharap dalang di sebalik resit itu dapat ditahan dengan segera.
Menurutnya beliau sudah berjumpa dengan wakil pengurusan di wilayah utara dan penyelia cawangan restoran makanan segera itu semalam, selepas kes tersebut tular.
Azrul berkata beliau juga telah membuat laporan di Balai Polis Teluk Kumbar untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
Semalam, tular gambar resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera dengan kenyataan menyentuh isu 3R di ruangan 'remark' oleh seorang pelanggan yang memesan makanan berkenaan. - Gambar/ Media sosial
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
Polis buka kertas siasatan kes resit hina Islam
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
Rakyat pesan pizza dari London, Menteri Pertanian Nigeria merungut
Rakyat Nigeria menggunakan penerbangan British Airways untuk memesan pizza terus dari London.
Juruterbang pesan 23 piza selepas pesawat terkandas akibat salji
Seorang juruterbang Air Canada memesan 23 set piza untuk diberikan kepada penumpang selepas pesawat itu terkandas akibat salji lebat.
Angkasawan ISS anjur pesta piza terbang
Buat pertama kalinya angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa mengadakan pesta piza di ISS.