GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses pil ekstasi selepas menahan empat individu termasuk seorang wanita warga China, dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM398,352 dalam beberapa serbuan di sekitar daerah Timur Laut, di sini Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menahan seorang lelaki peniaga durian berusia 29 tahun di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan Sungai Pinang l, di sini pada pukul 5 petang dan merampas pelbagai jenis dadah bersamanya.
Beliau berkata susulan penangkapan, polis kemudiannya menahan seorang peniaga makanan dari rumah serta seorang peniaga barangan lusuh dan antik berumur 39 dan 42 tahun dalam sebuah kereta di Jalan Perak di sini selepas menemukan sejumlah pil eramin 5.
"Polis seterusnya menyerbu sebuah rumah teres tiga tingkat di Bukit Gambir, Gelugor dan menahan wanita China berumur 32 tahun. Hasil pemeriksaan di situ polis berjaya membongkar kewujudan sebuah makmal memproses pil ekstasi, dan merampas mesin serta peralatan untuk memproses dadah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya ekoran penahanan empat individu itu polis merampas 1,470 biji pil eramin 5, serbuk Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) sebanyak 6,219 gram(g), syabu (23g), ganja (11g) dan ketamin (1.5g), yang kesemuanya bernilai RM398,352.
Mustafa Kamal berkata siasatan mendapati rumah yang dijadikan makmal memproses dadah itu disewa dan didiami pasangan kekasih wanita China dan lelaki berusia 42 tahun, yang juga ketua sindiket memproses serta mengedar dadah, dan mereka dipercayai mempunyai kepakaran untuk membuat pil ekstasi.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian mereka di luar negara sebelum memprosesnya semula untuk dijual di Pulau Pinang, sejak awal tahun ini.
Katanya ujian air kencing mendapati dua lelaki yang ditahan di Jalan Perak positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.
"Empat individu itu kini direman selama lima hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 03 2021
Polis membongkar kegiatan sebuah makmal memproses pil ekstasi selepas menahan empat individu termasuk seorang wanita warga China.- Gambar hiasan
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Kerajaan jimat hampir RM1 juta untuk sewa penerbangan khas
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa
Lari dari pemeriksaan polis hingga memandu melawan arus menjadi punca lapan individu maut dalam nahas di kilometer 448 Jalan Betong, Sarikei, Meradong pada petang Khamis.
Polis bongkar makmal proses ekstasi, empat ditahan
Polis membongkar kegiatan sebuah makmal memproses pil ekstasi selepas menahan empat individu termasuk seorang wanita warga China, dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM398,352.