Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyimpan atau menularkan rakaman video kes rogol membabitkan pelajar tingkatan dua di daerah Tawau yang tersebar sejak awal minggu ini.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata tindakan undang undang boleh diambil terhadap pelaku berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
"Kes rogol yang berlaku di sebuah sekolah di Tawau baru-baru ini, kami mengesahkan dalam dua hari ini, banyak aduan daripada orang awam diterima tentang satu video viral berkaitan kes tersebut. Saya mengesahkan bahawa video itu memang ada.
"Sekiranya sesiapa didapati mengedar, memviralkan video tersebut, maka suspek atau individu tersebut akan diambil tindakan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998," kata Peter.
Menurut Peter, suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.
Terdahulu seorang pelajar perempuan tingkatan dua dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di daerah Tawau pada Jumaat lalu.
Ridzal Abdullah, Petrus Bernard
Sat Nov 23 2019

Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyimpan atau menularkan rakaman video kes rogol membabitkan pelajar tingkatan dua di daerah Tawau yang tersebar sejak awal minggu ini. -Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Polis beri amaran jangan sebar video rogol murid Tawau
Suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.