Polis masih belum menemui sebarang petunjuk berhubung kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilarikan bersama kenderaan Hilux-Vigo yang ditinggalkan bapanya di sebuah
stesyen minyak di Kampung Air, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun berkata gerakan mencari mangsa, Low Min You, masih giat dilakukan termasuk mempertingkatkan pencarian di seluruh negeri termasuk mengadakan sekatan jalan di beberapa laluan di pusat bandar bagi mengesan mangsa.
"Polis belum mempunyai perkembangan berhubung kes itu. Tiada sebarang penemuan jejak dan lokasi terakhir mangsa setakat petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata polis juga mengambil keterangan beberapa anggota keluarga mangsa bagi membantu siasatan kes.
Menurutnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 088-529270, 088-529207 atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-3572935.
Dalam kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa berpakaian t-shirt putih dan berseluar pendek difahamkan sedang lena tidur di dalam kenderaan pacuan empat roda itu sebelum polis menemui kenderaan berkenaan di Menara Jam, Bukit Bendera pada kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengurung dengan sulit atau dengan salah yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bernama
Sat May 10 2014
Low Min You, tiga, yang dilarikan bersama kenderaan Hilux-Vigo kepunyaan bapanya. -Foto PDRM
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
Taufan tropika Trami ragut 46 nyawa, 20 lagi hilang di Filipina
Angka korban akibat taufan tropika Trami yang melanda Filipina minggu ini meningkat kepada 46 orang, dengan sekurang-kurangnya 20 orang lagi masih hilang.
Taufan Helene: Hampir 100 orang masih hilang di Carolina Utara
Seramai 92 orang masih hilang atau tidak ditemukan di Carolina Utara ketika negeri di Amerika Syarikat (AS) itu menangani kesan daripada Taufan Helene.
Nelayan hilang selepas terjatuh dari bot
Seorang nelayan warga tempatan dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot yang dinaiki bersama rakannya di perairan Batu Laut pada Isnin lepas.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.
Pakistan cari tiga pendaki Rusia yang hilang
Pihak berkuasa Pakistan meneruskan operasi mencari pada Ahad untuk menyelamatkan tiga pendaki Rusia yang hilang di Gasherbrum IV.
Mayat lelaki di jambatan Klang dipercayai Nidza Afham - Ketua Polis Selangor
Mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam, kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Polis mohon bantuan kesan remaja 14 tahun hilang sejak 25 Mei lalu
Remaja itu berketinggian 155 sentimeter dengan berat kira-kira 42 kilogram dan berkulit warna kuning susu.