SHAH ALAM: Polis belum dapat mengesahkan sama ada bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada Rabu lepas adalah milik sebuah syarikat teknologi maklumat.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata selagi pengarah syarikat terbabit tidak tampil memberi keterangan, pihaknya tidak boleh mengesahkan status wang itu dan ia tidak boleh dituntut atau diserahkan kepada mana-mana pihak.
"Kita ada terima laporan dari seorang individu yang mengaku pengarah sebuah syarikat jenis teknologi maklumat dan mendakwa wang berkenaan milik syarikat itu tetapi malangnya selepas beberapa hari, pengadu masih gagal hadir ke balai atas pelbagai alasan.
"Jadi kita masih belum dapat mengesahkan duit itu kepunyaan syarikat terbabit selagi pengadu tidak tampil memberi keterangan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Peringatan Hari Polis ke-217 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Hussein berkata wang itu tidak boleh dituntut begitu sahaja tanpa pihak berkenaan memberikan bukti dan rekod yang jelas kepada pihak polis.
Media sebelum ini melaporkan, seorang pengawal keselamatan menemukan bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara.
Semalam, pengawal keselamatan berusia 30-an itu membuat laporan polis mengenai penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana yang dijumpainya pada 8 pagi, 20 Mac lepas.
Berhubung perkembangan siasatan kes pukul seorang anggota polis hingga maut dua hari lepas, Hussein berkata keberadaan mangsa di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang itu dipercayai untuk menziarahi ahli keluarga sebelum ditemukan maut.
Beliau berkata siasatan mendapati anggota yang berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur itu tinggal di Kuarters Polis Sungai Besi, Cheras dan sebelum menziarahi ahli keluarganya dipercayai berlaku pertengkaran antara mangsa dan isteri.
"Tiada sebarang senjata dijumpai di lokasi kejadian dan orang awam yang mempunyai maklumat serta melihat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya.
Semalam, lima lelaki berusia 19 hingga 23 tahun ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Hussein berkata selagi pengarah syarikat terbabit tidak tampil memberi keterangan, pihaknya tidak boleh mengesahkan status wang itu. - Foto Bernama
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Polis belum dapat sahkan pemilik bagasi berisi RM500,000 - KP Selangor
Polis belum dapat mengesahkan sama ada bagasi berisi wang tunai yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah pada Rabu lepas adalah milik sebuah syarikat.