Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia sedang berbincang mengenai kerjasama sesama anggota dalam pewujudan pusat pemeriksaan daratan atau Road Check Point (RCP) di Kalabakan, Tawau dan Telupid, Beluran.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata kerjasama itu penting dalam pelaksanaan RCP iaitu inisiatif tambahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi mengetatkan kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
"Inisiatif pelaksanaan itu bagi menghalang kebarangkalian pelbagai aspek penyeludupan termasuk pemerdagangan manusia di kawasan darat ESSZone," katanya ketika ditemui di Pejabat Pasukan Polis Marin di sini, sempena lawatan kerjanya hari ini.
Di samping RCP, katanya ESSCom turut mewujudkan langkah menghalang penyeludupan di laut ESSZone menerusi pelaksanaan Sea Check Point (SCP) di Pulau Berhala di Sandakan, Pulau Siamil di Semporna dan Pulau Karakit di Kudat.
"Inisiatif tambahan ini diwujudkan bagi memastikan Sabah kekal selamat daripada ancaman luar yang tiada diduga," katanya lagi.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata tahun lalu seramai 1,918 pesalah terdiri daripada warga tempatan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam 1,648 operasi di ESSZone.
"Seramai 258,000 individu turut diperiksa tahun lalu dan RM16.9 juta rampasan dilakukan," katanya.
Sementara itu, katanya Malaysia akan menjalankan operasi dan latihan bersama Amerika Syarikat dan Polis Antarabangsa (Interpol) pada Febuari serta Mac ini di Sandakan dan Tawau.
"Kerjasama ini melibatkan keselamatan maritim dan kita ambil faedah daripada kerjasama situasi menang-menang ini.
"Kita belajar kepakaran teknologi serta kemahiran mereka dan sebaliknya," katanya lagi.
Mengenai Op Maharlika yang turut melibatkan Brunei, Indonesia dan Filipina, Zulkifli berkata Malaysia sedang berbincang lanjut dengan Interpol yang berpangkalan di Perancis itu untuk mengadakan siri Op Maharlika seterusnya selepas kejayaan kerjasama pada siri lepas.
Dalam operasi itu, seramai 103 individu ditahan mengikut akta pemerdagangan, imigresen dan kastam di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2018
![Polis, ATM bincang kerjasama anggota untuk RCP Polis, ATM bincang kerjasama anggota untuk RCP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71518165397_DATUKSERIZULKIFLI.jpg)
Zulkifli berkata tahun lalu seramai 1,918 pesalah terdiri daripada warga tempatan dan pendatang asing tanpa izin ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam 1,648 operasi di ESSZone. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tiga maut, empat cedera parah traktor dinaiki pekerja ladang jatuh gaung di Beluran Tiga maut, empat cedera parah traktor dinaiki pekerja ladang jatuh gaung di Beluran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719614802_pekerjaladangmaut.jpg)
Tiga maut, empat cedera parah traktor dinaiki pekerja ladang jatuh gaung di Beluran
Kejadian melibatkan seorang lelaki warga Indonesia serta dua wanita warga Filipina maut di tempat kejadian.
![Lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud ditahan Lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/51533113657_BajuLokap.jpg)
Lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud ditahan
Suspek yang berkerja sendiri telah ditahan di Pejabat SPRM Sabah pada 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberikan keterangan.
![Dua maut, lori bawa baja terbabas ke dalam gaung Dua maut, lori bawa baja terbabas ke dalam gaung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689245449_TBloriterbabas.jpg)
Dua maut, lori bawa baja terbabas ke dalam gaung
Dua maut dalam satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan baja terbabas ke dalam gaung di Jalan Beluran-Paitan, dekat Beluran.
![Gempa bumi lemah di Beluran, tiada ancaman tsunami - METMalaysia Gempa bumi lemah di Beluran, tiada ancaman tsunami - METMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681960930_Tiadaancamantsunami.jpg)
Gempa bumi lemah di Beluran, tiada ancaman tsunami - METMalaysia
Gempa tersebut berjarak 37 km tenggara dari Pitas, Sabah dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia.
![[RASMI] PRU15: Ronald Kiandee masih 'kebal' di Parlimen Beluran [RASMI] PRU15: Ronald Kiandee masih 'kebal' di Parlimen Beluran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61656758188_enteriPertaniandan.jpg)
[RASMI] PRU15: Ronald Kiandee masih 'kebal' di Parlimen Beluran
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Beluran dengan jumlah undian sebanyak 11,303.
![Dua maut treler bertembung Dua maut treler bertembung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668465200_MautKemalangan.jpg)
Dua maut treler bertembung
Mangsa Ansar Sindrang, 35, dan Asri Alimin, 31, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.
![PRU15: Bertanding atas tiket Perikatan Nasional, itu hak Ronald Kiandee PRU15: Bertanding atas tiket Perikatan Nasional, itu hak Ronald Kiandee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667907134_HajijiManifesto.jpg)
PRU15: Bertanding atas tiket Perikatan Nasional, itu hak Ronald Kiandee
Tindakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Beluran merupakan hak Ronald.
![PRU15: Sah! Ronald Kiandee tetap bertanding di Beluran, pertembungan lima penjuru PRU15: Sah! Ronald Kiandee tetap bertanding di Beluran, pertembungan lima penjuru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667611278_RonaldpruBeluran.jpg)
PRU15: Sah! Ronald Kiandee tetap bertanding di Beluran, pertembungan lima penjuru
Bekas penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee yang tidak dinamakan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hadir di lokasi penamaan calon di Dewan Masyarakat Beluran, pagi Sabtu.
![KPDNHEP Sabah tumpas cubaan seleweng barang kawalan KPDNHEP Sabah tumpas cubaan seleweng barang kawalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657681072_KegiatanPenyeleweng.jpg)
KPDNHEP Sabah tumpas cubaan seleweng barang kawalan
Ia melibatkan minyak masak dan diesel bersubsidi, dipercayai akan dijual ke negara jiran.
![Kanak-kanak mahu ke sekolah terjatuh gara-gara jambatan runtuh di Kampung Miadan, Beluran Kanak-kanak mahu ke sekolah terjatuh gara-gara jambatan runtuh di Kampung Miadan, Beluran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657296357_TBJAMBATANUZUR.jpg)
Kanak-kanak mahu ke sekolah terjatuh gara-gara jambatan runtuh di Kampung Miadan, Beluran
Seorang kanak-kanak lengkap berbaju sekolah terjatuh selepas jambatan kayu usang runtuh di Kampung Miadan, dekat Paitan Beluran.