KUALA LUMPUR: Polis selesai mengambil keterangan daripada 16 individu berhubung dakwaan murid dikasari ketika menghadiri kem motivasi di Serdang, Selangor, bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata 16 individu itu melibatkan 10 murid, tiga wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai menganjurkan kem itu serta tiga wakil pihak sekolah.
Beliau berkata kertas siasatan berhubung kes itu diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa lepas untuk tindakan lanjut.
"Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Jagaan Rumah Juara di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan polis menerima empat laporan daripada ibu bapa murid mendakwa anak mereka dikasari penganjur kem tersebut dan disyaki melakukan tindakan fizikal kepada murid seperti disembur dengan air di tengah padang sekolah dengan hanya berseluar dalam, selain dihukum melakukan ketuk ketampi hanya kerana berbual.
Sebuah portal berita pula melaporkan kira-kira 60 murid Tahun Lima yang menghadiri kem dua hari dikendalikan sebuah NGO itu, pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan menangis selepas menyertai kem motivasi tersebut.
Peserta kem itu turut mendakwa fasilitator berkenaan turut melakukan kekasaran dengan mencekik dan menolak ke dinding serta dipukul dengan penyapu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022
![Polis ambil keterangan 16 individu kes fasilitator kem motivasi kasari murid Polis ambil keterangan 16 individu kes fasilitator kem motivasi kasari murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671116071_AAAnbalagan.jpg)
Anbalagan berkata 16 individu itu melibatkan 10 murid, tiga wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai menganjurkan kem itu serta tiga wakil pihak sekolah. - Gambar fail
!['Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan 'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740144958_GummyOriginalBask.jpg)
'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.
![Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730443182_tbGoogleapp.jpg)
Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
![Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740143869_NaimMokhtar.jpg)
Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
![Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025 Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720239109_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
![Polis ambil keterangan 16 individu kes fasilitator kem motivasi kasari murid Polis ambil keterangan 16 individu kes fasilitator kem motivasi kasari murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671116071_AAAnbalagan.jpg)
Polis ambil keterangan 16 individu kes fasilitator kem motivasi kasari murid
Polis selesai mengambil keterangan daripada 16 individu berhubung dakwaan murid dikasari ketika menghadiri kem motivasi di Serdang, Selangor, bulan lepas.
![Polis terima empat laporan dakwaan fasilitator kem motivasi kasari murid Polis terima empat laporan dakwaan fasilitator kem motivasi kasari murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670551057_AAAnbalagan.jpg)
Polis terima empat laporan dakwaan fasilitator kem motivasi kasari murid
Murid didakwa antara lain dikenakan tindakan fizikal seperti disembur dengan air di tengah padang sekolah dengan hanya berseluar dalam.
![Malaysia berpeluang cerah dalam kempen Piala Thomas - Norza Malaysia berpeluang cerah dalam kempen Piala Thomas - Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599082353_MOHAMADNORZAZAKARI.jpg)
Malaysia berpeluang cerah dalam kempen Piala Thomas - Norza
Skuad negara mampu mempamerkan prestasi lebih baik khususnya dengan penyertaan beberapa pemain profesional dalam kem latihan.