GEORGE TOWN: Polis telah merakamkan keterangan daripada doktor dan rakan serumah seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang dilaporkan maut terjatuh dari sebuah apartment rumah sewanya di Jalan Datuk Keramat, di sini 17 April lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V. Saravanan berkata ketika ini siasatan berhubung kejadian membabitkan punca kematian pegawai perubatan siswazah dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berusia 25 tahun itu giat dijalankan.
"Seterusnya polis akan mengambil keterangan daripada ahli keluarga doktor pelatih tersebut dalam masa terdekat, mungkin minggu ini (rekodkan keterangan) bagi membantu siasatan kes itu.
"Buat masa ini, kematian doktor pelatih itu polis masih klasifikasikan sebagai kematian mengejut. Siasatan punca kematian masih diteruskan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, polis juga masih menunggu keputusan bedah siasat, ujian makmal dan laporan kimia berhubung kematian doktor pelatih tersebut.
BACA: Doktor junior menderita dengan waktu kerja tidak berperikemanusiaan - Norlela Ariffin
Saravanan berkata berdasarkan siasatan awal, doktor pelatih itu dilaporkan maut selepas terjun dari tingkap bilik rumah sewanya dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin dalam kenyataan berasingan berkata beliau akan mengadakan mesyuarat Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat untuk membincangkan isu itu secara formal dan mencari solusi terbaik serta perubahan sebenar berhubung perkara tersebut.
"Mesyuarat itu akan melibatkan doktor-doktor pelatih dan muda terlebih dulu sebelum diteruskan dengan mesyuarat bersama pengarah kesihatan, timbalan pengarah kesihatan, pengarah-pengarah hospital, ketua-ketua jabatan di Pulau Pinang bagi membincangkan isu tersebut secara lebih spesifik.
"Kami mahu mencari perubahan sebenar berhubung isu ini dan ia bukan hanya hangat-hangat tahi ayam atau hanya letak plaster, sebab itu ia perlu diminitkan dalam mesyuarat tersebut untuk dihantar kepada Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) dan beliau (Khairy) juga telah dimaklumkan berhubung isu ini," katanya.
Norlela berkata beliau juga telah menerima begitu banyak pandangan yang tidak ternilai tentang isu dihadapi oleh doktor pelatih dan doktor muda serta cadangan tentang cara untuk merombak sistem sedia ada.
Pada 17 April lepas, doktor pelatih itu ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Maarof Sudin mengesahkan mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lepas di HPP dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis.
Pada Selasa lepas, sebuah portal berita melaporkan Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan seorang doktor pelatih HPP ditemukan meninggal dunia setelah dipercayai terjatuh dari bangunan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Bagaimanapun, beliau berkata polis tidak menolak akan mengklasifikasikan semula kes itu sekiranya menemukan bukti baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022

Mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lepas di HPP. - Gambar fail
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Protes sedunia desak keadilan untuk pelatih perubatan India
Setakat ini, polis menahan seorang suspek dan bekas pengetua Kolej Perubatan RG Kar, tempat mangsa sedang menuntut.

Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan
Tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.

Korea Selatan gantung lesen doktor pelatih lancar mogok
KOREA Selatan akan menggantung lesen doktor pelatih yang melancarkan mogok sebagai hukuman.

Korea Selatan: Mogok doktor pelatih, kerajaan mula ambil tindakan
Menteri Kesihatan Korea Selatan berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas doktor pelatih yang melakukan "mogok secara haram- dan mengingkari arahan.

Kuota tambahan 2,000 pelajar perubatan langkah penting - Presiden Korea Selatan
Presiden Korea Selatan berkata rancangan kerajaan untuk menaikkan kuota bagi sekolah perubatan sebanyak 2,000 merupakan "langkah minimum yang diperlukan" bertujuan menangani kekurangan doktor.

Korea Selatan: Pesakit kecewa perkhidmatan kesihatan terjejas ekoran doktor pelatih enggan bekerja
Pesakit di Korea Selatan menyatakan kekecewaan apabila doktor pelatih hospital umum di Seoul dan tempat lain tidak bertugas buat hari kedua.

Lebih 6,400 doktor pelatih di Korea Selatan letak jawatan
Lebih 6,400 doktor pelatih telah mengemukakan peletakan jawatan mereka bagi membantah rancangan kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelajar perubatan, kata pegawai kerajaan pada Selasa.

Lebih 14,000 lepasan ILKKM diserap dalam perkhidmatan - Dr Zaliha
Sebanyak 14,619 lepasan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) telah diserap ke dalam perkhidmatan sejak 2018 hingga Jun tahun ini.

Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.

Tiada SOP buka ruang budaya buli doktor pelatih
MSOSH menyifatkan isu berkenaan timbul kerana ketiadaan garis panduan rasmi dalam melatih doktor pelatih.