KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan penganjur 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di pintu 2 Istana Negara di sini, pagi tadi atas kegagalan mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata penganjur perhimpunan berkenaan sudah dikenal pasti dan akan dipanggil bagi memberikan keterangan dalam masa terdekat.
Beliau berkata polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan berkenaan yang berakhir pada pukul 11.30 pagi itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu pemerhatian Bernama mendapati dianggarkan seramai 1,000 orang hadir ke perhimpunan berkenaan yang dianjurkan oleh sekretariat Pembela Tanah Air (PETA).
Turut hadir ke perhimpunan berkenaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Syed Hassan Syed Ali.
Syed Hassan dan Setiausaha Agung PETA Mohd Aswanizam Alias kemudian menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diterima oleh wakil Istana Negara yang antaranya mengandungi keluh kesah rakyat berhubung ekonomi negara.
Semalam Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata polis tidak menerima sebarang notis berhubung penganjuran himpunan daripada pihak penganjur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
![Polis akan ambil keterangan penganjur 'Himpunan Selamatkan Rakyat' Polis akan ambil keterangan penganjur 'Himpunan Selamatkan Rakyat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704540420_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. - Gambar fail/Bernama
![Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720156151_Paris.jpg)
Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media
Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan di Perkampungan Media Dugny.
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Buruh bakal bentuk kerajaan, Starmer PM baharu?
Pengundian telah berakhir dan Parti Buruh Britain diunjurkan memenangi pilihan raya umum United Kingdom (UK) dengan kemenangan besar, sekaligus menukar senario politik di UK.
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
![Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024 Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720154151_tbKeirStarmerlead.jpg)
Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.
Ringgit dijangka kukuh pada separuh tahun kedua 2024 - Pakar
Menurut Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, pengukuhan ini dijangka akan menarik masuk dana asing ke dalam negara yang seterusnya akan memberi impak positif kepada pasaran saham tempatan.
Proses kira undi di Parlimen Rishi Sunak sedang berlangsung
Proses pengiraan undi sedang berlangsung di Kawasan parlimen Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak di Richmond, North Yorkshire, pada awal Jumaat.
![PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan
Lelaki berusia 30 an itu masih direman dan kawad cam akan dilakukan hari ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang.
![Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720153038_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
KESUMA arah KSU, Ketua Eksekutif HRD CORP buat laporan SPRM
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengarahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Sri Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD CORP Datuk Wira Shahul Dawood membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat masalah didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
![Polis akan ambil keterangan penganjur 'Himpunan Selamatkan Rakyat' Polis akan ambil keterangan penganjur 'Himpunan Selamatkan Rakyat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704540420_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Polis akan ambil keterangan penganjur 'Himpunan Selamatkan Rakyat'
Polis akan merakam keterangan penganjur 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di pintu 2 Istana Negara pagi tadi.