Hujan lebat dan angin kencang melanda sekitar Klang petang tadi mengakibatkan kerosakan teruk kepada sejumlah kenderaan, kemudahan awam dan bangunan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata hujan lebih satu jam turut menyebabkan beberapa bumbung rumah tercabut dan diterbangkan angin ribut.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian di kawasan sekitar Klang itu pada jam 4.57 petang .
Katanya, di lorong Kasawari 3, Taman Eng Ann, beberapa pokok dilapor tumbang dan menghalang laluan.
“Anggota bomba tidak dapat ke lokasi kerana terdapat pokok tumbang halang laluan jalan.
“Terdapat dua kereta dihempap pokok namun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian di Jalan Pekan Baru Off Jalan Meru,” katanya.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati dahan pokok menghempap dua kenderaan termasuk sebuah lori Nissan dan kenderaan pelbagai guna (MPV).
“Kedua-dua pemandu berusia 32 dan 52 tahun yang berada dalam kenderaan ketika kejadian dilapor selamat.
“Anggota bomba kemudian memotong dan bersihkan dahan pokok dengan bantuan pekerja Majlis Perbandaran Klang (MPK),”katanya.
Mohd Rizal berkata, pihaknya turut menerima laporan berhubung kejadian bumbung diterbangkan angin di Jalan Merpati, Taman Eng Ann di sini.
Katanya, panggilan daripada orang awam memaklumkan empat rumah terlibat ketika kejadian angin kencang tersebut.
“Di lokasi ini tiada pokok tumbang cuma bumbung empat rumah tercabut akibat angin kencang. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya.
Beliau berkata, angin kencang turut melanda kawasan berhampiran Bulatan 100 menghala ke Shah Alam.
Dalam pada itu, menerusi rakaman video yang tular di laman sosial Facebook memaparkan angin ribut turut menerbangkan bumbung premis perniagaan dan kilang.
Struktur bumbung itu kemudian dirakam jatuh menghempap beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta hingga menyebabkan ia mengalami kerosakan.
Pelayar Facebook, Mira Exora memberitahu keadaan angin yang menakutkan juga menyebabkan ada antara mereka terpaksa melaungkan azan.
“Allahuakbar.. tengah-tengah makan tiba-tiba hujan ribut.. Seram weyy.. Gigil badan.. Hanya mampu tengok je.. Lepas azan terus berhenti hujan.. Allah! nak nangis tau...Lokasinya di Bandar Baru Klang,”katanya menerusi hantaran yang dihantar menerusi akaun Facebook miliknya.
Dalam pada itu Sinar Harian dimaklumkan hujan lebat petang tadi turut menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Petaling Jaya dinaiki air.
Beberapa buah kereta dilapor terkandas dan ditenggelami air berhampiran Mentari Court di sini.
Kejadian bencana petang tadi turut menyebabkan keadaan lalu lintas di kawasan terlibat mengalami kesesakan luar biasa.
Sinar Harian
Mon Oct 01 2018
Kerja-kerja membersihkan dahan dan pokok yang tumbang dijalankan ekoran hujan lebat serta angin kencang sekitar jam 3 petang di Bulatan 100, Klang, 1 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.
Warga AS dihukum penjara lebih 6 tahun oleh mahkamah Moscow dalam kes tentera upahan
Mahkamah mendapati Hubbard bersalah atas jenayah di bawah Perkara 359, Seksyen 3 Kanun Jenayah Persekutuan Rusia.
Majoriti pengundi Kazakhstan sokong pembinaan loji nuklear pertama
Sebanyak 71.1 peratus warganegara mengundi menyokong rancangan untuk membina loji kuasa nuklear di Tasik Balkhash.
10 ditahan dipercayai terlibat samun berkawan bersenjata rumah ahli perniagaan
Kesemuanya yang berusia 23 hingga 46 tahun ditahan di Mantin, Negeri Sembilan dan sekitar Lembah Klang menerusi Op Casa bermula Khamis.
Wanita warga emas alami pendarahan di kepala akibat diragut
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi.
ASEAN perlu tumpu perubahan jangka pendek berimpak tinggi, beri nilai perniagaan ketara
Tengku Zafrul berkata pelan itu juga perlu berasaskan, antara lain, pertumbuhan mampan, teknologi canggih, keterangkuman dan memanfaatkan peluang baharu.
NIOSH perkenal kursus bantu tingkatkan kesihatan mental penjawat awam
NIOSH menyokong penuh inisiatif kerajaan menangani isu kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam menerusi program khas Kursus Pertolongan Cemas Psikologi Pekerjaan (OPFA).
India, Maldives sahkan semula hubungan rapat dengan lawatan Muizzu
Muizzu tiba di New Delhi pada Ahad untuk lawatan negara selama lima hari.
Usaha semula ladang tidak ditoreh untuk tingkat hasil getah negara - Johari
Ia penting bagi memperkasakan semula industri getah negara sekali gus mengurangkan import getah yang mencecah hampir RM6 bilion.
Datuk Bandar di Mexico dibunuh beberapa hari selepas memegang jawatan
Alejandro Arcos telah dipilih pada Jun sebagai wakil gabungan pembangkang yang termasuk Parti Revolusi Institusi (PRI).
Melaka negeri terbaru terjejas banjir
Sekretariat Jawatankuasa JPBN Melaka dalam kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin, dibuka 12 tengah hari tadi.
Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri petang ini
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir atau hujan lebat di tujuh negeri hingga 6 petang ini.
124 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Melaka - APM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka telah mengenal pasti 124 'hotspot' yang sering dinaiki air apabila berlaku hujan lebat berterusan.
Mangsa banjir di Johor, Kedah dan Perak meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir di PPS di Johor, Kedah dan Perak semakin meningkat pagi ini manakala di Selangor bilangan mangsa banjir sedikit menurun.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Perak menunjukkan penurunan manakala di Kedah meningkat petang ini.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Empat sungai di Kedah lepas paras bahaya, satu PPS diaktifkan
PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dibuka jam 2.30 pagi tadi selepas kediaman mangsa dilanda banjir.
Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.