Memang cantik namun mengundang kebimbangan!
Ini sentimen pengguna jalan raya di sini tentang kewujudan deretan pokok-pokok besar di sekitar bandar raya ini, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seumpama pokok tumbang, dahan patah terutamanya dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.
Beberapa jalan utama termasuk Jalan Masjid Negeri, Jalan Terengganu, Jalan Residensi , Jalan Macalister dan beberapa jalan utama lain adalah antara laluan yang dihiasi deretan pokok-pokok besar dimana ada antaranya berusia sehingga ratusan tahun.
Menurut penduduk sekitar, beberapa kejadian pokok tumbang telah berlaku di laluan berkenaan sebelum ini ketika hujan lebat dan angin kencang sekali gus menimbulkan keresahan pengguna jalanraya yang melalui laluan tersebut.
“Kami sebagai pengguna jalan raya yang melalui Jalan Masjid Negeri, Jalan Utama, Jalan Residensi menjadi keresahan kepada kami sebagai pengguna jalan raya apabila kebelakangan ini keadaan cuaca tidak menentu,” kata peniaga Jimbran Khalil.
Menurut Jimbran, kebanyakan pokok-pokok telah tumbang ke tepi dan ke tengah jalan.
“Ini mengundang bahaya kepada pejalan kaki dan pengguna jalan raya, jadi kita meminta pihak berwajib memantau situasi berkenaan,” tambahnya.
Pesara Jamal Mydin Trapshar pula mendakwa pokok-pokok di kawasan berkenaan ada yang menjangkau usia ratusan tahun.
“Pokok-pokok 'heritage' (warisan) ini banyak tapi perlu dipantau dan juga kena ‘trim’ kerana musim ribut kebelakangan ini, kadang-kadang bumbung pun terbang, elok juga pihak berkuasa, ‘trim’ pokok-pokok yang akan jatuh kerana membahayakan pengguna jalan raya,” kata Jamal.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Yew Tung Seang berkata, satu pangkalan data dikenali ‘Penang Tree Information System (PeTIS)’ telah diwujudkan dalam usaha pemuliharaan pokok-pokok di negeri itu.
“Apa yang penting ialah penyelenggaraan, kami telah mengambil inisiatif untuk menyimpan dan membentuk data bagi semua pokok-pokok dalam kawasan kami, untuk dimasukkan dalam system ‘Petis’ (Penang Tree Information System),” kata Yew.
“Yang penting kita akan menyimpan data-data pokok-pokok berikut, dan bila kita nak lakukan penyelenggaraan kita ada Jabatan Lanskap yang melihat dan menyelenggara.”
“Walau bagaimanapun kita juga bersedia dalam situasi perubahan iklim dan back-up team untuk tangani masalah ranting atau pokok jatuh,” katanya.
Pangkalan data berkenaan, tambahnya akan memudahkan pihak majlis merancang, mengesan dan menyelenggara serta mengurus pokok-pokok yang telah diwartakan.
Ogos lalu, kerajaan negeri telah merekodkan beberapa kejadian pokok tumbang di beberapa jalan utam di sekitar bandar raya ini.
Pada bulan September dan November tahun lalu, puluhan insiden pokok tumbang sehingga merosakkan kenderaan penduduk turut direkodkan.
Astro Awani
Fri Oct 05 2018
!['Pokok rimbun' buat penduduk resah? 'Pokok rimbun' buat penduduk resah?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41538726111_POKOK.jpg)
Menurut penduduk sekitar, beberapa kejadian pokok tumbang telah berlaku di laluan berkenaan sebelum ini ketika hujan lebat dan angin kencang sekali gus menimbulkan keresahan pengguna jalanraya yang melalui laluan tersebut. - Sumber foto Google Map
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Demi Tasik Chini! Masyarakat Orang Asli sambut gembira titah istana Demi Tasik Chini! Masyarakat Orang Asli sambut gembira titah istana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623750991_OrangAsligembira.jpg)
Demi Tasik Chini! Masyarakat Orang Asli sambut gembira titah istana
Titah itu memberi peluang kepada semua pihak untuk memperbaiki segala kerosakan alam yang dilakukan disebabkan aktiviti perlombongan.
![Menjejak mistik di puncak Gunung Ledang Menjejak mistik di puncak Gunung Ledang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61550406438_gunungledang.jpg)
Menjejak mistik di puncak Gunung Ledang
Legenda menceritakan puteri berkenaan dikatakan mempunyai rupa paras jelita menjaga Gunung Ledang dan dipercayai masih mendiami gunung itu hingga kini.
!['Pokok rimbun' buat penduduk resah? 'Pokok rimbun' buat penduduk resah?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41538726111_POKOK.jpg)
'Pokok rimbun' buat penduduk resah?
Ini sentimen pengguna jalan raya di sini tentang kewujudan deretan pokok-pokok besar di sekitar bandar raya ini, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seumpama pokok tumbang dan dahan patah.
!['Royal Floria Putrajaya' luaskan sektor hortikultur negara 'Royal Floria Putrajaya' luaskan sektor hortikultur negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71454486684_Floria.jpg)
'Royal Floria Putrajaya' luaskan sektor hortikultur negara
Festival Royal Floria Putrajaya yang akan diadakan Mei tahun ini akan meluaskan lagi pasaran hortikultur negara ke mata dunia.
![Carta 10 wangian berunsurkan bunga paling digemari di Malaysia Carta 10 wangian berunsurkan bunga paling digemari di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://intrend.com.my/getmedia/9004c8db-5e3c-4d9c-8855-305687dac454/BTS-Image-(1).jpg.aspx?width=120&height=90&ext=.jpg)
Carta 10 wangian berunsurkan bunga paling digemari di Malaysia
Rata-rata wanita gemarkan wangian yang berunsur kan flora (Bunga-Bungaan).