KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.

Menerusi catatan di laman Facebook dan akaun X (Twitter), beliau berkata Paskah atau Easter adalah hari besar buat pengikut Katolik.

"Di kesempatan ini, saya ucapkan semoga kasih sayang dan kebahagiaan terus dihidupkan serta kedamaian diperkukuh," katanya.

Perayaan Good Friday disambut hari ini manakala Easter pada Ahad ini.

-- BERNAMA