Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini petang ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 pada Sabtu dan Ahad ini.
Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Kingsford Smith pada 10.48 malam (7.48 malam waktu Malaysia) .
Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketibaan beliau disambut Pembantu Menteri kepada Perdana Menteri Australia, James McGrath, Menteri Inovasi dan Pemantapan Kawal Selia New South Wales Matt Kean dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Sudha Devi Vasudevan.
Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucaptama pada majlis penutup Persidangan Pencegahan Keganasan pada hari pertama sidang kemuncuk itu Sabtu ini.
Najib adalah satu-satunya pemimpin ASEAN yang dijemput berucap pada majlis penutup itu, selain Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull.
Perdana menteri juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Turnbull pada Sabtu, sebelum sidang kemuncak itu membuka tirainya.
Ini adalah julung kalinya Australia menjadi tuan rumah sidang kemuncak dengan kesemua pemimpin ASEAN.
Sidang kemuncak ini bertujuan membincangkan arah tuju masa depan dan kerjasama antara ASEAN dan Australia, di samping memperingati peningkatan hubungan kedua-dua pihak ke taraf rakan strategik.
Australia dan ASEAN menjalin hubungan rapat sejak pertubuhan serantau itu lahir pada 1967. Secara berkumpulan, ekonomi ASEAN merupakan antara tiga rakan perdagangan utama Australia, manakala ASEAN dan Australia bekerjasama rapat dalam menangani cabaran bersama yang mendepani rantau ini.
Sidang kemuncak ini menawarkan peluang kepada kedua-dua pihak untuk mengeratkan lagi kerjasama sedia ada serta meningkatkan keselamatan dan kemakmuran di rantau ini.
Pada sidang kemuncak ini, ASEAN dan Australia juga akan memanfaatkan legasi kerjasama akrab yang wujud antara mereka bagi melahirkan gandingan kontemporari berpandangan jauh untuk menghadapi perubahan pesat dunia.
Kedua-dua pihak juga akan meneroka peluang baharu dalam bidang ekonomi serta mengeratkan kerjasama dalam memerangi keganasan serta perkara lain yang menjadi ancaman bersama.
Sidang Kemuncak ASEAN-Australia akan mengandungi tiga sesi iaitu Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-Australia, Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-Australia dan Persidangan Pencegahan Keganasan ASEAN-Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 16 2018
![PM tiba di Sydney untuk Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia PM tiba di Sydney untuk Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521212898_najib.jpg)
Najib bersalaman dengan para tetamu ketika tiba di hotel penginapannya bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia di Sydney malam ini. --fotoBERNAMA
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia? Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739892232_tbAnwarIbrahim.jpg)
Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS? Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739853324_Asean.jpg)
Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA
![ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739790252_ZafrulAbdulAziz.jpg)
ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.
![PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711968097_tarif.jpg)
PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.
![Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739790252_ZafrulAbdulAziz.jpg)
Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.
![Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739795054_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.
![Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739793470_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.
![Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683627512_ThaksinShinawatra.jpg)
Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.
![ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739764150_ASEANAnwarIbrahim.jpg)
ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.