Di sebalik jadual padat beliau dalam rangka lawatan dua hari itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempat meluangkan masa menjamu selera menikmati menu nasi kandar yang terkenal di Pulau Pinang iaitu Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling.

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya iaitu Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev serta Ashman Razak menjamu selera selama 40 minit.

Najib berkata dia sememangnya merancang untuk menikmati nasi kandar di Pulau Pinang dan mahu merasai sendiri kelazatannya.

Sambil berseloroh Najib berkata, keenakkan Nasi Kandar Beratur memang tidak dinafikan kesedapannya.

Najib dan keluarga dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk termasuk ayam goreng, telur masin, kari ikan, sambal sotong dan sayur bendi.