PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan hasrat kepada China untuk bersama-sama memastikan konflik Palestin-Israel segera diselesaikan dan bantuan kemanusian disalurkan tanpa halangan.
Perkara itu dikongsi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengenai pertemuan dan perbincangan Anwar dengan Naib Presiden China Han Zheng yang mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri di Perdana Putra di sini sempena lawatan rasmi empat hari Han ke Malaysia bermula semalam.
"Perdana Menteri (Anwar) berharap agar China memainkan peranan aktif yang telah disuarakan kepada Han dalam perbincangan tadi. Respons baik dari China agar masalah konflik Palestin-Israel segera diselesaikan," katanya kepada media selepas pertemuan dua pemimpin berkenaan di sini hari ini.
Zambry berkata China juga menyatakan kekal dengan komitmen yang selama ini mengiktiraf Palestin dari segi kedudukannya.
China kini menyandang jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula 1 Nov lepas.
Pada 3 Nov lepas, China dilaporkan berkata situasi Palestin-Israel merupakan kerja paling mendesak antaranya menggalakkan gencatan senjata agar mengelakkan bencana kemanusiaan lebih teruk serta mencegah konflik daripada merebak.
Perbincangan dua hala Anwar dan Han lebih sejam turut menyentuh untuk mengeratkan hubungan Malaysia dan China serta merancakkan pelaburan dan kerjasama dalam pelbagai sektor.
Perbincangan lain yang disentuh adalah isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, kerjasama dalam industri halal dan juga ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China yang akan disambut pada 2024.
Lawatan Han adalah bersempena ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia dan China tahun ini.
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak sedekad yang lalu. Jumlah dagangan antara kedua-dua negara pada 2022 bernilai RM487.13 bilion (AS$110.62 bilion) meningkat15.6 peratus berbanding 2021.
China juga merupakan pelabur langsung asing terbesar di Malaysia pada 2022 dengan pelaburan berjumlah RM55.4 bilion (AS$12.5 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
![PM nyatakan hasrat bersama China segera selesaikan konflik Palestin-Israel PM nyatakan hasrat bersama China segera selesaikan konflik Palestin-Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699529315_TBAnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden China Han Zheng di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716190213_WanRosdyWanIsmail.jpg)
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
![ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710934693_Palestinians.jpg)
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
![Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711611114_tbFrancescaAlbanese.jpg)
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
![Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711268488_MohamadHasan.jpg)
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.
![Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711255047_tbAntonioGuterres.jpg)
Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.
![14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel 14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710308358_PalestineRedCresce.jpg)
14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel
Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel.
![23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza 23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709719938_Palestinianchildren.jpg)
23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.
![“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO “Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708556020_FreeMeal.jpg)
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
![Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708056541_TBIsraelbunuhjp.jpg)
Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.
![IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643559075_MaszleeMalik.jpg)
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata