Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Datuk Ishak Ismail yang meninggal dunia malam tadi.

"Innalillah. Terima berita ADUN Lenggeng Datuk Ishak Ismail telah pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah."

Ishak meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Najihah di Kuala Pilah pada kira-kira 11.25 malam.

BACA: Adun Lenggeng meninggal dunia

BACA: Bicara ADUN Lenggeng yang sering mencuit hati akan dirindui

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai, Seremban.

Ishak, yang berasal dari Kampong Pantai, Seremban, baru menyambut ulang tahun ke-66 pada Isnin lepas meninggalkan isteri Datin Norimah Ujang dan empat anak.

Beliaumerupakan ADUN Lenggeng selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1995.

-- BERNAMA