Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Rabu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari bermula Khamis.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam pada 8.05 malam waktu tempatan (10.35 malam waktu Malaysia) dan disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid dan Menteri Negara India bagi Kewangan, Shri Siv Pratap Shukla selaku menteri pengiring.
Najib ialah seorang daripada 10 ketua negara dan kerajaan ASEAN yang telah mengesahkan kehadiran pada sidang kemuncak tersebut yang akan berlangsung di ibu negara India sempena sambutan Hari Republik Ke-69 negara itu pada Jumaat.
Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bertemakan "Nilai Bersama, Matlamat Bersama" akan diadakan sempena ulang tahun ke-25 hubungan dialog ASEAN-India.
Pada Khamis, jadual ketat Najib bermula dengan majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Presiden India, Ram Nath Kovind di Istana Presiden, Rashtrapati Bhavan, bagi meraikan ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN sebelum menghadiri sesi pemukiman tertutup mengenai kerjasama dan keselamatan maritim.
Semasa Sidang Kemuncak Peringatan, para pemimpin dijangka menerima pakai Deklarasi Delhi untuk mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi ASAN-India terutama bagi memerangi keganasan, kesalinghubungan serantau dan hubungan perniagaan serta memperkukuhkan interaksi rakyat dengan rakyat demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Perdana Menteri dijadualkan mengunjungi rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk membincangkan isu-isu kepentingan bersama pada Jumaat (26 Jan).
Sebelum mesyuarat itu, Najib bersama pemimpin ASEAN yang lain akan menjadi tetamu kehormat pada perbarisan Hari Republik India di India Gate. Beliau juga dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Jama, Delhi, satu daripada masjid terbesar dan bersejarah di India.
Sementara itu, dalam ptrogram berasingan, Rosmah akan melawat Kuil Swaminarayan Akshardam, untuk meninjau kompleks itu yang menyimpan khazanah tradisional India, budaya Hindu, spiritual dan seni bina sejak seribu tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Palam pada Rabu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India yang bermula pada Khamis. - Foto Bernama
Tiada formula terbaik, PKR Sabah hati-hati pilih rakan
PKR Sabah akan lebih berhati-hati dalam memilih rakan kerjasama menghadapi PRN17
Kampus cawangan UTEM dibuka di Lahad Datu
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, pembukaan kampus utem itu akan memberi peluang kepada anak-anak tempatan mengambil kursus TVET sesuai dengan agenda kerajaan memperkasa kemahiran teknikal dan vokasional.
800,000 orang terjejas oleh pembatalan perkhidmatan kereta api - SCNF
Beberapa perkhidmatan kereta api Eurostar ke Paris telah dibatalkan dan beberapa lagi dilencongkan disebabkan perbuatan khianat itu.
PRN Sabah: PKR Sabah harap GRS beri lebih kerusi untuk PH
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mustapha Sakmud berkata, beliau tidak mahu sejarah kembali berulang yang mana perbincangan hanya setakat di bahagian kerusi sahaja.
Kes Zayn Rayyan: Mahkamah arah pembelaan lapor pemilik akaun TikTok buat kandungan subjudis
Pihak pembelaan kes Zayn Rayyan diarah membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya pemilik akaun sosial membuat kandungan subjudis.
Sarawak pengeksport keempat utama negara pada Jun 2024
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 34.2 peratus, diikuti Johor (20.6 peratus), Selangor (17.3 peratus), Sarawak (6.5 peratus) dan Kuala Lumpur (4.2 peratus).
Tinjauan di ESSZone libatkan delegasi sembilan negara
Tinjauan keselamatan di kawasan pulau sekitar daerah Semporna turut melibatkan delefasi daripada sembilan negara supaya mereka boleh melihat di depan mata sendiri tahap keselamatan di kawasan berkenaan.
Turkiye intai kerjasama dengan Sarawak dalam industri teknologi tinggi, tenaga hijau
Turkiye komited untuk memperluaskan kerjasama dua hala dengan Malaysia dalam industri teknologi tinggi dan tenaga hijau di Sarawak, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Kerajaan Sabah sedia mulakan rundingan lanjut
Justeru beliau berkata Kerajaan Sabah tetap bersedia dan mampu untuk memulakan rundingan lanjut mengenai Pemberian Khas yang layak diterima oleh Negeri Sabah.
Selisih faham dipercayai motif Naufal dibunuh
Berlaku perselisihan faham dengan abang kepada kenalan wanita, dipercayai motif anak kepada pemilik restoran terkenal di daerah ini dibunuh.
Blinken dijadual adakan pertemuan dengan Wang Yi di Laos
Isu berkenaan situasi dan konflik di Myanmar mendominasi perbincangan dalam beberapa siri pertemuan Menteri Luar ASEAN.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelan undang-undang perubahan iklim mampu perkasa sektor perniagaan - Nik Nazmi
Pelan dan peruntukan undang-undang berkaitan perubahan iklim yang sedang diusahakan kerajaan mampu memperkasakan sektor perniagaan di negara ini.
Ringgit kukuh berbanding dolar AS, capai paras 4.66
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong minat belian dalam keadaan jangkaan penurunan kadar faedah oleh ekonomi utama.
Malaysia gesa Myanmar hormati Konsensus Lima Perkara, pulihkan keadaan dalam negara
Malaysia menggesa Myanmar untuk terus serius dalam usaha menangani masalah dalam negara itu, yang kini sudah menjadi isu dalam rantau ASEAN.
Pelarian Rohingya bukan isu Myanmar semata-mata
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa isu pelarian Rohingya bukanlah isu yang melibatkan negara Myanmar semata-mata, malah ia merupakan satu isu dominan untuk ASEAN.
Pelaksanaan Konsensus Lima Perkara di Myanmar antara fokus utama AMM - Mohamad
Isu di Myanmar menjadi subjek perbincangan utama dalam Informal Consultation (current, previous dan incoming chairs of ASEAN) yang melibatkan tiga negara termasuk Indonesia, Laos dan Malaysia.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (dolar US) hari ini berikutan minat belian baharu menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia, kata seorang penganalisis.
Perdagangan Kemboja dengan ASEAN meningkat 11.6 peratus separuh pertama 2024
Kerajaan Kemboja mengeksport produk bernilai AS$2.68 bilion ke negara ASEAN lain dalam tempoh Januari-Jun tahun ini.
Ringgit ditutup sedikit rendah selepas cecah paras tertinggi baharu dalam enam bulan
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6680/4710 berbanding dolar AS daripada 4.6625/6660 ketika ditutup semalam.