Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan hasil lawatan beliau ke India sebagai amat berjaya dan mencorakkan semula hubungan diplomatik kedua-dua negara yang kini berusia 60 tahun.
"Saya sangat berpuas hati dengan lawatan ini, saya lihat evolusi hubungan ini daripada mula kini telah ada kepelbagaian, telah berkembang daripada bersifat satu dua bidang kepada pelbagai aspek dan dimensi...lebih strategik dan komprehensif," katanya pada sidang media di akhir lawatan enam hari beliau ke India yang bermula 30 Mac di Chennai.
Katanya, beliau dan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi bersetuju bahawa hubungan antara kedua-dua negara berada di tahap tertinggi dalam sejarah dan kedua-dua mereka amat yakin ia akan bertambah baik di masa hadapan.
Jumlah pelaburan bernilai US$36 billion (RM158.4 bilion), termasuk US$32 bilion di Malaysia melalui 31 MoU yang dimeterai semasa lawatan ini jelas menunjukkan keyakinan kerajaan India pimpinan Modi dan syarikat-syarikat terkemuka negara itu terhadap suasana pelaburan dan ekonomi di Malaysia, katanya.
"Lawatan ke India kali ini telah membuktikan komitmen kedua-dua negara untuk mengukuhkan dan meningkatkan kerjasama sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. Saya harap lawatan ini akan terus memberi momentum kepada kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan India," tambahnya.
Ditanya apakah faktor lain yang mendorong kejayaan sebesar itu, Najib berkata ia merupakan sebahagian daripada usaha Modi untuk merombak ekonomi negara itu dan dorongan kuat beliau kepada syarikat-syarikat di sini yang sebelumnya tidak agresif dan bergantung pada pasaran tempatan, untuk keluar melabur di luar negara.
Pada masa yang sama, Najib berkata Malaysia tidak sekadar mahu membawa pelaburan dari India tetapi juga bersedia memberi peluang kepada syarikat-syarikat mereka untuk turut serta dalam projek-projek di Malaysia.
"Kita mahu India membeli lebih banyak kelapa sawit dari Malaysia, dan kita akan mula rundingan dengan Ircon (syarikat kereta api) yang mahu terlibat dalam projek kereta api aliran Seremban ke Pelabuhan Klang," katanya.
Katanya, India juga telah bersetuju menambah tempat duduk sebanyak 1,861 seminggu untuk penerbangan ke Delhi, Kolkata, Mumbai, Chennai, Bangalore dan Hyderabad, dan perbincangan akan dimulakan untuk meningkatkan kapasiti mingguan kepada 40,000 daripada 20,000 sekarang.
Ditanya perbezaan dengan pelaburan dari China, Najib berkata projek dari negara itu bersifat serta merta, misalnya projek pembinaan landasan kereta api Pantai Timur yang akan bermula Julai ini manakala syarikat-syarikat India terlibat dalam projek jangka panjang.
Antaranya, pembangunan Projek Pelabuhan Pulau Carey dan bandar maritim bersepadu di Selangor yang bernilai kira-kira US$32 bilion dan akan mengambil masa, tambah beliau.
Najib juga ditanya mengenai hubungan rapat beliau dengan Modi dan sama ada mendapat insipirasi atau meminta nasihat dari pengalaman perdana menteri itu yang menang besar pada pilihan raya beberapa negeri baru-baru ini.
"Kita tidak melantik Perdana Menteri Modi sebagai penasihat. Saya boleh berbincang dengan beliau bagaimana beliau lakukan...sudah pasti beliau akan berkongsi beberapa rahsianya dengan saya," katanya secara berseloroh.
Beliau juga berkata Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab dilantik sebagai 'point man' (penghubung) untuk memudahcara syarikat pengeluar filem India yang mahu pelepasan cukai dan insentif lain sejajar dengan hasrat mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran, penerbitan, teknikal dan penyuntingan filem.
"Kita bakal menerima kesan positif dari segi pelancongan jika mereka memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran, dan pelakon-pelakon utama mereka datang ke Malaysia, kata beliau yang bertemu bintang filem Tamil, Rajnikanth di Chennai, Jumaat lepas. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media di hari terakhir lawatan beliau ke India pada Selasa. - Foto Bernama
Ahli perniagaan di sebalik pengedaran dadah di Kelantan
Ahli perniagaan didakwa menjadi individu 'belakang tabir' kepada sindiket pengedaran dadah di negeri Kelantan yang menyalurkan kewangan.
Final Piala FA: “Jangan cetus provokasi melampau” - Amaran polis kepada penyokong, penonton
Polis akan ambil tindakan tegas sekiranya terdapat penyokong dan penonton yang melanggar arahan ditetapkan.
Majoriti kes bunuh di Malaysia babit mangsa, suspek saling kenal - Shuhaily
Statistik kes pembunuhan di Malaysia menunjukkan majoriti kejadian membabitkan keadaan mangsa dan suspek saling mengenali.
Istiadat perkahwinan puteri Sultan Pahang bermula esok
Istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.
AWANI Ringkas: Kekejaman terhadap rakyat Palestin harus ditamatkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
India Jepun setuju perkukuh hubungan pertahanan
India dan Jepun bersetuju pada Selasa untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dan keselamatan serta menyokong visi strategik bersama Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka
Lima pemain Arsenal tersenarai Pasukan Terbaik PFA
Kapten Martin Odegaard mengetuai lima pemain Arsenal yang disenaraikan dalam Pasukan Terbaik PFA 2024.
Kapal layar karam, enam lagi penumpang belum ditemui
Penyelam Itali bertungkus lumus di zon mencari dan menyelamat pada Selasa bagi mencari enam mangsa kapal layar karam yang masih hilang.
[TERKINI] Pesawat Malaysia Airlines hadapi masalah tekanan dalam kabin, patah balik ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH386 disyaki mengalami 'isu tekanan kabin' semasa dalam penerbangan ke Shanghai selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 9.14 malam, pada Selasa.
Issey Fazlisham bawa pendekatan terbuka hasilkan drama
Issey Fazlisham selaku pengarah dan pelakon, sangat terbuka dalam menerima pendapat rakan-rakan pelakon lain.
PM Najib sifatkan lawatan ke India sebagai amat berjaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan hasil lawatan beliau ke India sebagai amat berjaya dan mencorakkan semula hubungan diplomatik kedua-dua negara yang kini berusia 60 tahun.