Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi kegembiraan menyambut Syawal dengan memuat naik klip video lagu dan ucapan Hari Raya Aidilfitri yang dirakamkan di kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana, Putrajaya.
Dalam klip video yang disiarkan di laman sosial Facebooknya, perdana menteri turut menasihatkan rakyat Malaysia agar berhati-hati memandu semasa musim perayaan itu.
"Dalam bergembira menyambut Aidilfitri, saya berharap kepada semua supaya berhati-hati memandu pulang ke kampung. Semoga sinar Syawal ini dapat membawa seribu keberkatan, insya-Allah.
"Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin," ucap Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Posting berkenaan diserikan nyanyian lagu 'Suasana Hari Raya' yang dipersembahkan oleh kanak-kanak Kumpulan Permata Seni dan kanak-kanak dari Rumah Baitul Barokah Wal Mahabbah, Rumah Kasih Harmoni serta Asrama Darul Falah.
Bernama
Sun Jul 03 2016
Posting berkenaan diserikan nyanyian lagu 'Suasana Hari Raya' yang dipersembahkan oleh kanak-kanak Kumpulan Permata Seni dan kanak-kanak dari Rumah Baitul Barokah Wal Mahabbah, Rumah Kasih Harmoni serta Asrama Darul Falah. - Gambar Facebook
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
PM Najib kongsi kegembiraan sambut Syawal menerusi klip video di Facebook
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi kegembiraan menyambut Syawal dengan memuat naik klip video lagu dan ucapan Hari Raya Aidilfitri yang dirakamkan di kediaman Perdana Menteri.