Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik dengan acara lelongan yang dibuat secara langsung pada majlis pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia Go Lives di sini, pada Jumaat.
Pada majlis itu, Najib dan Pengasas/ Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Jack Ma melelong replika kapal 'Sail of Fortune' diperbuat daripada emas 24 karat menerusi tmall.com, sebuah anak syarikat di bawah Alibaba.
Replika itu berjaya dijual pada harga RM122,063 dengan 80 bidaan dalam tempoh seminit.
Dana yang dikumpul daripada lelongan itu akan diserahkan kepada pertubuhan kebajikan.
Sementara itu, dalam satu sesi sembang yang diadakan kemudian, Najib menegaskan bahawa beliau mahu meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, untuk memajukan negara dan memacu Malaysia ke arah mencapai antara 20 negara terkemuka dunia.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata allahyarham bapanya adalah insan yang banyak memberi inspirasi kepadanya untuk terus membangunkan Malaysia.
"Allahyarham bapa saya mahu memodenkan Malaysia dan membangunkan kawasan luar bandar serta membawa masuk industri-industri baharu ke negara ini.
"Malangnya, beliau tidak hidup lama apabila meninggal dunia pada usia 54 tahun. Sekarang, Allah merahmati saya dengan peluang ini. Saya mahu memainkan peranan utama dalam membawa Malaysia menjadi 20 negara terkemuka dunia.
"Saya yakin dengan sokongan rakyat, Insya-Allah," kata beliau.
Terdahulu, Najib merasmikan majlis pecah tanah KLIA Aeropolis DFTZ Park di Litar Antarabangsa Sepang.
--BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2017
Najib dan Jack Ma (tengah) ketika memulakan lelongan melalui dalam talian selepas melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia, yang pertama di dunia di Litar Antarabangsa Sepang pada Jumaat. -fotoBERNAMA
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Pegawai, anggota Imigresen perlu amal sikap amanah, taat setia - Zakaria
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban hari ini mengingatkan pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan itu supaya sentiasa mengamalkan sikap amanah dan taat setia.
'Counter setting: Penguat kuasa Imigresen ditahan SPRM ditempatkan di unit lain
Zakaria berkata mereka dipindahkan daripada penugasan asal dan tidak lagi berkhidmat di kaunter kawalan pintu masuk di KLIA.
Tiga warga China seluk saku di KLIA dihukum penjara
Tiga lelaki warga China dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencuri dengan cara menyeluk saku di KLIA.
Polis tahan tiga warga China terlibat kes seluk saku di KLIA T1
Tiga lelaki warga China disyaki terlibat dalam kes seluk saku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1, ditahan Jumaat lepas.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
Kepengerusian ASEAN: MAHB laksana penambahbaikan di pintu masuk negara
Anthony Loke berkata ia selaras arahan Kabinet yang mahu Kementerian Pengangkutan memastikan semua pintu masuk negara bersedia.
Kastam gagalkan penyeludupan 40kg dadah disembunyikan dalam mesin industri
Taktik licik penyeludup menyembunyikan 40 kilogram (kg) dadah bernilai lebih RM6.6 juta dalam sebuah mesin industri berjaya dikesan Jabatan Kastam .
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
Kerajaan yakin KLIA akan jadi hab kargo serantau - Loke
Kerajaan yakin Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpotensi menjadi hab kargo di rantau ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
MAHB sahkan insiden lubang benam, tiada kerosakan harta awam dilaporkan
MAHB telah menutup kawasan tersebut dan sedang melakukan penilaian terhadap insiden itu.