PETALING JAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM4 juta untuk penganut agama Sikh tahun ini bagi memperkukuh komuniti itu di negara ini.
Beliau berkata sebagai kerajaan yang berpegang kepada prinsip prihatin dan keterangkuman masyarakat, kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited untuk terus memperkukuh semua komuniti di Malaysia.
Semasa mengumumkan perkara itu, beliau berkata daripada jumlah tersebut sebanyak RM3 juta disalurkan untuk kegunaan 120 gurdwara atau tempat ibadat penganut agama itu di seluruh negara, manakala dana RM1 juta khusus diperuntukkan untuk penubuhan sebuah pusat Sikh yang pertama di negara ini.
"Ini satu usaha untuk sama-sama menunjukkan bahawa di Malaysia ini tidak kira siapa, bebas mengamalkan agama, budaya dan bahasa sendiri," katanya dalam ucapan pada Majlis Hi Tea sempena sambutan Hari Vaisakhi di sini hari ini.
Tahun lepas, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.18 juta kepada gurdwara di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata selaras dengan objektif Dasar Perpaduan Negara, institusi keagamaan seperti gurdwara memainkan peranan penting sebagai ejen perpaduan negara untuk menyatupadukan masyarakat setempat di komuniti masing-masing.
Beliau berkata pemimpin di gurdwara juga harus memainkan peranan yang lebih proaktif bersama pemimpin komuniti tempatan untuk membantu penduduk khususnya di kawasan luar bandar bagi mendaftar untuk pengambilan vaksin COVID-19.
Muhyiddin berkata kerajaan menghargai sumbangan besar komuniti Sikh di Malaysia dalam pembangunan negara merentasi pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial dan pendidikan.
"Perayaan Hari Vaisakhi ini adalah masa untuk meraikan sumbangan penting penganut agama Sikh kepada negara kita, dan untuk mengenali tradisi dan ajaran agama Sikh yang kaya tentang perpaduan, nilai-nilai murni kekeluargaan dan keadilan sosial," katanya.
Perdana Menteri berkata sambutan Hari Vaisakhi pada 14 April ini juga merupakan lambang kepelbagaian yang diraikan oleh masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Muhyiddin menegaskan dasar kerajaan PN adalah berteraskan kepada prinsip saling menghormati, keterangkuman dan keadilan.
"Justeru, amat penting untuk kita semua saling mengenali dan cuba untuk memahami keunikan budaya dan sejarah antara satu sama lain," katanya.
Muhyiddin berkata prinsip dan semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni meskipun Islam adalah agama persekutuan.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Presiden Majlis Gurdwara Malaysia Jagir Singh
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) menerima cenderamata daripada Presiden Majlis Gurdwara Malaysia Sardar Jagir Singh (kanan) ketika hadir pada majlis minum petang sempena perayaan Vaisakhi di Gurdwara Sahib hari ini. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.