KUALA LUMPUR:Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa anggota kabinet turut menzahirkan ucapan sempena kedatangan tahun Lembu itu.
Perdana Menteri dalam pautan terbaharu di laman Twitternya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina bagi pihak isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan keluarga mereka.
ALBUM: Sambutan Tahun Baru Cina 2021
Selain Muhyiddin, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Malaysia berketurunan Cina.
"Banyak yang kita lalui dalam setahun ini. Salah satunya, kita perlu raikan perayaan dengan cara yang sangat bersederhana termasuk #CNY2021.
"Saya harap kita kekal tabah dan terus berbanding bahu harungi ujian ini. Semoga Tahun Baharu Cina ini mengukuhkan perpaduan dan membawa kebaikan," kata Hishammuddin.
Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berharap kedatangan Tahun Lembu disambut dengan dengan janji baharu untuk bekerjasama demi kejayaan, kesejahteraan dan kemakmuran.
"Marilah kita menyambut Tahun Lembu dengan janji baharu untuk bekerjasama demi kejayaan, kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat kita dan membina masa depan yang cerah dan menjanjikan untuk semua," katanya.
Selain itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamauruddin dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua penganut dan masyarakat Cina.
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI:
Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu Cina
Astro Awani
Thu Feb 11 2021

Sebuah pusat membeli belah di sekitar ibu kota dilihat dihiasi hiasan tema Tahun Baru Cina (Year of the Ox) sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sempena Tahun Baharu Cina, Anwar ajak rakyat lebih bertanggungjawab, berdisiplin, melindungi
Menurut Anwar Ibrahim, ketiga-tiga sikap itu perlu ada dalam sanubari rakyat demi sebuah negara yang kuat dan bermaruah.