Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong melahirkan rasa penghargaan yang tidak terhingga di atas kesudian Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyediakan sambal belacan istimewa air tangan Baginda kepada keluarganya sejak sekian lama.
"Terima kasih atas kesudian dan kebaikan Raja Permaisuri Agong, menghantar kepada bapa (dan saya) sambal belacan sungguh istimewa sejak sekian lama ini!," kata Lee dalam laman Twitternya.
"Saya berharap Raja Permaisuri gembira menghasilkannya seperti mana kami menikmatinya!," Lee mengakhiri kata-kata itu dengan emotikon wajah tersenyum.
Tanpa diketahui ramai, "diplomasi belacan" secara tidak langsung menjadi alat dalam mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Singapura.
Perkara ini diketahui apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pada 25 Okt berkongsi rahsia bagaimana sambal belacan air tangan Baginda menjadi kegemaran Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.
BACA: Diplomasi sambal belacan Raja Permaisuri Agong
Dalam Twitter itu, Tunku Azizah, yang lebih dikenali sebagai cheminahsayang dalam Twitter media sosial, menyatakan bahawa Baginda pada satu ketika dahulu, "pembekal rasmi" sambal belacan kepada Kuan Yew.
Malahan, Raja Permaisuri Agong masih membekalkan sambal belacan ke Republik itu. Sambal itu kini terus dinikmati dan digemari oleh anak lelaki Kuan Yew pula, yang juga Perdana Menteri Singapura sekarang ini, Lee Hsien Loong.
"Telah lama saya ingin berkongsi (rahsia) ini dengan rakyat Malaysia. Saya pernah menjadi pembekal rasmi sambal belacan kepada Perdana Menteri Singapura... Datuk Lee Kuan Yew ... dan kini pembekal kepada anaknya, PM Lee," Raja Permaisuri Agong bertitah dalam laman Twitter.
Tunku Azizah turut berkongsi gambar sepucuk surat yang ditulis oleh Kuan Yew mengenai perkara ini dalam akaun Instagram airtangan_tunkuazizah.
Surat berkenaan bertarikh 23 Julai, 2009 ditulis: "Enam paket (sambal) belacan yang diberikan kepada saya sungguh sedap. Saya berkongsi dengan dua anak lelaki saya. Semua telah habis dimakan. Ia cili belacan yang paling sedap pernah kami rasai. Bolehkah keluarga saya dapatkannya lagi ?
"Harap maaf kerana terpaksa menyusahkan. Tetapi ia telah menjadikan banyak masakan lebih berperisa."
Tunku Azizah, yang memuatkan gambar itu pada 2 Mei, 2018, bertitah bahawa surat itu amat bernilai kepada Baginda sendiri.
"... semuanya kerana sambal belacan ... Saya begitu terharu," titah Tunku Azizah.
Akaun Instagram airtangan_tunkuzaizah menyimpan koleksi resipi Raja Permaisuri Agong, memaparkan populariti Baginda sebagai ahli Kerabat DiRaja yang gemar memasak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 28 2019
'Diplomasi belacan' secara tidak langsung menjadi alat dalam mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Singapura. - Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku dengan seorang wanita.
Suami Zahnita Wilson akan didakwa esok, turut positif dadah
Suami kepada peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, akan didakwa di mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis.
Keganasan rumah tangga: Padam hantaran di Instagram, Zahnita 'bangkit' berniaga
Bekas pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson yang didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga mengejutkan pengikutnya apabila memadam semua hantaran terdahulu di laman Instagram miliknya.
Mark Zuckerberg sasar kandungan janaan AI penuhi Facebook, Instagram
Angka kandungan janaan AI ini dilihat akan meningkat drastik, dan memenuhi ruangan garis masa di Facebook, Instagram, mahupun Threads.
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Pemilik boleh didenda jika pelihara baka anjing terlarang - MBPP
MBPP ingatkan orang awam agar tidak pelihara anjing dalam senarai baka terlarang kerana mereka boleh didenda RM200 dan tindakan merampas haiwan itu boleh dilakukan sekiranya ingkar.
Threads kini sokong sehingga 20 gambar dalam satu perkongsian
Threads menyokong perkongsian sehingga 20 gambar, memberikan pengalaman yang mirip dengan zaman keagungan Twitter.
Cristiano Ronaldo cipta sejarah, himpun 1 bilion pengikut di media sosial
Ikon bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo telah mencipta kejayaan bersejarah, menjadi individu pertama yang mengumpul satu bilion pengikut di media sosial, lapor Anadolu Agency (AA).
Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri
Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.
Kini anda boleh tinggalkan komen pada Instagram Stories
Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka ditawarkan secara meluas dalam masa terdekat.