ABU DHABI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8.25 pagi Isnin untuk lawatan kerja selama empat hari bermula hari ini.
Ketibaannya disambut oleh Menteri Tenaga dan Infrastruktur UAE Suhail Mohammed Al Mazrouei, Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Kamarudin Jaffar, Duta Besar UAE ke Malaysia Khalid Ghanim Mohammed Alghaith serta wakil-wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Presiden UAE.
Pada hari pertama lawatannya, Perdana Menteri dijadual bertemu Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, di Istana Presiden di Abu Dhabi.
Ia bakal menjadi pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin sejak Sheikh Mohamed dilantik sebagai Presiden UAE pada 14 Mei lalu.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, fokus perbincangan antara kedua-dua pemimpin termasuk meneroka bidang kerjasama berpotensi bagi mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan UAE.
Antara bidang tumpuan baharu termasuk ekonomi digital, keselamatan makanan, pendigitalan pendidikan, tenaga boleh baharu serta penyertaan Malaysia dalam Program Legasi 5-Tahun.
Sebelum pertemuan dua hala itu, Ismail Sabri turut mengadakan lawatan ke Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dengan fokus utama ialah prospek kerjasama antara ADNOC dan Petronas dalam bidang minyak dan gas serta tenaga boleh baharu.
Nailah Huda
Mon Sep 26 2022
Pada hari pertama lawatannya, Perdana Menteri dijadual bertemu Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, di Istana Presiden di Abu Dhabi. - Foto PMO
ASEAN berpeluang satukan sumber tenaga untuk pembangunan mampan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, ASEAN berpotensi besar untuk menggabungkan kelebihan sumber tenaga.
YDP Agong berkenan lawat mangsa banjir di Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat melawat mangsa banjir di daerah Kota Tinggi, Johor, hari ini (13 Januari).Seri Paduka Baginda melawat
JPJ periksa 37 Puspakom, sita 21 kenderaan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak menyita 21 buah kenderaan perdagangan menerusi pemeriksaan terhadap 37 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dalam ops khas sejak 30 Disember lalu.
Pengambilalihan MasWings selesai, proses jual beli dilaksana bulan depan
Rundingan penetapan nilai aset syarikat penerbangan MasWings kini selesai selepas kerajaan Sarawak dan Malaysian Aviation Group (MAG) mencapai persetujuan dengan bantuan penilai ketiga.
Sekolah dan syarikat akan kembali beroperasi semula esok
Setakat Ahad, 100 ribu penduduk di kawasan itu telah diarah berpindah manakala 87 ribu lagi sudah diberi amaran untuk berpindah
Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.
Produk 'ham and cheese sandwich' dijual di UM tiada sijil halal - JAKIM
Jakim mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
[TERKINI] USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan ‘menyembunyikan’ kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
AGC usul larangan dalam kes Titah Tambahan Najib
Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan akan memohon perintah larangan (gag order) berkaitan semakan kehakiman yang melibatkan dakwaan titah tambahan olehh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Permohonan ini bertujuan mengawal penyebaran maklumat berkaitan kes tersebut.
Permohonan ini bertujuan mengawal penyebaran maklumat berkaitan kes tersebut.
Seramai 496,541 pelajar terima manfaat BAP di Sabah
Seramai 496,541 pelajar bakal menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) melibatkan peruntukan lebih RM74,481,150.
Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
SSPA: Pencen pesara diselaraskan berdasarkan gaji akhir - PM Anwar
Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.
Anwar jumpa Prabowo, Thaksin pada 23 dan 26 Disember
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subiato dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra masing-masing pada 23 dan 26 Disember ini.
Kerajaan perlu berhemah, perbelanjaan semakin meningkat - PM Anwar
Kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan mengambil langkah berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan negara yang semakin meningkat.
Malaysia-Thailand komited capai keamanan penuh, bangunkan ekonomi Selatan Thai – PM
Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha dialog keamanan bagi menyelesaikan isu berbangkit di wilayah Selatan Thailand.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.