KUALA LUMPUR: Saranan untuk dipinda Perlembagaan Persekutuan bagi membataskan Perdana Menteri kepada orang Melayu-Islam sahaja adalah tidak wajar, dan lebih kepada mengapi-apikan keadaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak yang membuat saranan tersebut nyata tidak memahami konsep sebenar Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, pihak pembangkang sewajarnya mencari idea untuk membantu mengangkat ekonomi serta mengurangkan beban rakyat daripada terus membangkitkan perkara yang tidak perlu.
"Sekarang ini Perlembagaan ada, peraturan ada … ini bukan isu. Dan sekarang ini tidak menjadi isu, dan jangan kita rumitkan keadaan.
"Seperti juga yang diuar-uarkan pembangkang soal persempadanan semula. Perkara ini tak berbangkit pun.
"Dia cuma nak melaga-lagakan orang Melayu, dia nak bagi kita marah, jadi isu ini tak berbangkit. Dia tak faham Perlembagaan.
“Perlembagaan membolehkan kita mengkaji semula (persempadanan) hanya pada akhir 2026. Ini nak sibuk pasal apa.
"Carilah modal bantu bagaimana nak angkat ekonomi, nak kurangkan beban rakyat. Janganlah asyik nak bergaduh saja. Tak letihkah?” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Kauthar dan makan tengah hari di Restoran Mak Kimbong, Bandar Baru Bangi.
Pada Khamis, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya hanya orang Melayu-Islam boleh menjadi perdana menteri.
Kenyataan Ahli Parlimen Machang itu hadir selepas veteran DAP,Tan Sri Lim Kit Siang menegaskan tiada sekatan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.
Ditanya sama ada perlu dibuat pindaan berkenaan, Perdana Menteri berkata, tidak ada perbincangan berhubung perkara tersebut.
"Tak ada keperluan, tak ada perbincangan. Sejak Merdeka sampai sekarang calon Perdana Menteri hanya Melayu … lepas ini calon daripada pembangkang pun Melayu. Jadi maju terus.
"Hak rakyat semua warganegara kita pelihara, jaga kepentingan semua rakyat, semua kaum, semua wilayah,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Dec 15 2023

Anwar beramah mesra bersama penduduk setempat selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Al-Kauthar, dan makan tengah hari di Restoran Mak Kimbong, Bandar Baru Bangi. -Bernama
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

PM bukan Melayu: Cadangan pinda Perlembagaan hanya untuk api-apikan keadaan - Anwar
Perdana Menteri berkata, pihak yang membuat saranan tersebut nyata tidak memahami konsep sebenar Perlembagaan Persekutuan.