ABU DHABI: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berlepas pulang ke tanah air hari ini selepas menamatkan lawatan kerja ke New York dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan delegasi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada 11.30 pagi (3.30 petang waktu Malaysia).
Menteri Negara dan Menteri Pengiring, Ahmad Ali Al Sayegh turut hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri.
Ismail Sabri tiba di ibu negara ini pada Isnin dari New York selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 minggu lepas.
Di UNGA yang menghimpunkan lebih 150 pemimpin dunia untuk acara tahunan itu, Ismail Sabri menyampaikan Kenyataan Negara dalam bahasa Melayu - kali pertama oleh seorang pemimpin Malaysia berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu.
Beliau turut menyentuh pelbagai isu antarabangsa antaranya konflik di Ukraine, isu Myanmar dan Palestin serta sekuriti makanan dan perubahan iklim.
Ismail Sabri turut mencadangkan mewujudkan mekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa di tengah-tengah peningkatan inflasi global.
Ini adalah kali kedua Ismail Sabri berucap di UNGA. Beliau membacakan Kenyataan Negara secara maya pada sesi ke-76 tahun lepas, berikutan pandemik COVID-19.
Di luar UNGA, Ismail Sabri telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
Beliau juga menganjurkan majlis makan malam "Keluarga Malaysia" untuk diaspora Malaysia di Amerika Syarikat.
Semasa berada di sini selama empat hari, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
Ismail Sabri mengambil peluang mempelawa UAE untuk menyertai projek pembangunan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, serta pelaburan berbalik untuk menyokong Dasar Sekuriti Makanan kedua-dua negara dan membantu UAE menjadi hab makanan di Timur Tengah kerana Malaysia mempunyai tanah yang luas dan sesuai untuk pelabur asing melabur dalam bidang pertanian.
Beliau juga melawat Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC), Masjid Sheikh Zayed dan Wahat Al-Karama, tugu peringatan untuk pejuang UAE yang syahid.
Nilai dagangan antara kedua-dua negara telah meningkat 90.4 peratus untuk lapan bulan pertama tahun ini kepada RM25.6 bilion, melebihi nilai keseluruhan pada 2021, iaitu RM22.29 bilion. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022
Ismail Sabri Yaakob (dua,kanan) diiringi oleh Pengarah Hal Ehwal Keluarga Martry, Sheikh Khalifa bin Tahnon Al Nahyan, semasa melawat Tugu Wahat Al-Karama sempena lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE). - Gambar BERNAMA
AWANI Pagi: Garis panduan pastikan konsert bebas dadah
Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez, melihat isu keselamatan, kesedaran dan penguatkuasaan berhubung garis panduan untuk memastikan penganjuran konsert bebas dadah.
Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada jam 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 10 Januari 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi Selasa.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 10 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
JS-SEZ: Strategic Prospects for ASEAN Amid Global Shifts
Yun Liu, ASEAN Economist at HSBC, discusses the Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) as a potential catalyst for regional growth. Explore insights on how the JSSEZ can attract global investors amid geopolitical tensions, China’s economic slowdown, and evolving trade dynamics.
AWANI Ringkas: Rasionalisasi subsidi diesel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Pasaran kargo udara global menyaksikan pertumbuhan permintaan yang kukuh pada November 2024 dengan jumlah kargo tan bagi setiap kilometer meningkat sebanyak 8.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Selepas Syahmi Safari, giliran Feroz Baharudin akhiri musim 2024/25 lebih awal bersama JDT
Feroz mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), sekali gus mengakibatkan dirinya harus melupakan kancah bola sepak seketika.
Menilai prestasi awal tahun dan prospek terkini pasaran
Apa yang menjadi keutamaan dan kebimbangan pasaran pada prestasi awal tahun serta jangkaan semasa? Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, mengupas berkenaan prestasi pasaran saham minggu ini dan unjuran masa terdekat.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
SSPA: Pencen pesara diselaraskan berdasarkan gaji akhir - PM Anwar
Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.
Anwar jumpa Prabowo, Thaksin pada 23 dan 26 Disember
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subiato dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra masing-masing pada 23 dan 26 Disember ini.
Kerajaan perlu berhemah, perbelanjaan semakin meningkat - PM Anwar
Kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan mengambil langkah berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan negara yang semakin meningkat.
Malaysia-Thailand komited capai keamanan penuh, bangunkan ekonomi Selatan Thai – PM
Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha dialog keamanan bagi menyelesaikan isu berbangkit di wilayah Selatan Thailand.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.