KUALA LUMPUR: Kaukus Medical Cannabis hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan isu-isu dasar berkaitan industri hem, ganja untuk tujuan perubatan dan ketum untuk kegunaan di Malaysia.
Menurut kaukus berkenaan dalam kenyataan hari ini, semasa pertemuan itu perdana menteri telah memberi respons positif terhadap isu-isu yang dibangkitkan dan isu-isu berkenaan akan diperhalusi pada mesyuarat Kabinet.
"Industri ini adalah satu industri yang sedang giat dibangunkan oleh banyak negara luar. Lebih 40 buah negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan. Nilai pasaran industri ini cecah RM60 bilion. Malah, negara jiran seperti Thailand juga sedang mengkaji industri ini untuk negara mereka.
"Kaukus Medical Cannabis percaya bahawa Malaysia mempunyai ruang dan peluang yang besar dalam industri ini untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan mampu memberi manfaat besar kepada negara," menurut kenyataan tersebut.
Pada pertemuan berkenaan kaukus itu juga telah membangkitkan isu berkaitan rakyat Malaysia yang didakwa di mahkamah dan disabitkan bersalah kerana penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.
"Pandangan perundangan juga menjadi perhatian utama dalam pertemuan rasmi sebentar tadi. Kaukus Medical Cannabis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian perdana menteri atas sesi pertemuan rasmi sebentar tadi.
"Kerjasama yang erat dalam isu ini sudah pasti akan memberikan manfaat yang besar kepada rakyat dan negara," kata kenyataan itu.
Kaukus Medical Cannabis adalah jalinan kerjasama dwipartisan antara Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Selain Syed Saddiq, anggota kaukus lain yang hadir dalam pertemuan itu ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Khalid Abd Samad (Shah Alam), Datuk Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam (Kuala Langat), Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang), Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) dan Dr Azman Ismail (Kuala Kedah).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
Kaukus Medical Cannabis mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan isu-isu dasar berkaitan industri hem, ganja untuk tujuan perubatan dan ketum untuk kegunaan di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
PM beri respons positif isu industri hem, ganja dan ketum untuk perubatan
Menurut kaukus itu, perdana menteri telah memberi respons positif terhadap isu-isu yang dibangkitkan.