Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum menetapkan tarikh bagi penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Nancy berkata Akta MKN itu telah diwartakan pada 7 Jun lepas.
Beliau berkata Rang Undang-undang (RUU) berkenaan menjadi undang-undang setelah ia melepasi tempoh tiga puluh hari yang perlu untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
"Ini selaras dengan Fasal (4A) Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan," kata beliau dalam satu kenyataan malam ini.
Pada 17 Feb tahun ini, Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-240, selepas dipersembahkan taklimat oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali di Istana Negara, berpendapat beberapa peruntukan dalam RUU MKN perlu diperhalusi.
RUU MKN, yang memperuntukkan penubuhan MKN, perisytiharan kawasan keselamatan, kuasa-kuasa khas Pasukan Keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara lain berkaitan, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015, dan Dewan Negara, pada 22 Disember, 2015.
Nancy berkata menurut subseksyen 1(2) Akta MKN 2016, akta itu akan berkuatkuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Perdana Menteri dan tarikh itu akan diterbitkan dalam Warta berkenaan.
Bernama
Mon Jun 13 2016

NANCY: Ini selaras dengan Fasal (4A) Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Pindaan Akta MKN 2016 dibentang untuk bacaan kali pertama
Bacaan kali kedua pindaan itu akan dibentang pada persidangan kali ini, kata Takiyuddin.