Perisytiharan kawasan keselamatan untuk mana-mana kawasan dalam negara demi kepentingan keselamatan negara boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis apabila Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 diluluskan kelak.
Rang undang-undang untuk meminda akta itu dibentang di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan untuk bacaan kali pertama hari ini.
Sebelum ini dalam Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, pengisytiharan kawasan keselamatan boleh dibuat oleh Perdana Menteri, jika Majlis menasihati Perdana Menteri bahawa keselamatan di dalam mana-mana kawasan di Malaysia diganggu atau diancam dengan serius oleh mana-mana orang, perkara atau benda yang menyebabkan bahaya yang serius kepada orang ramai atau kepada wilayah, ekonomi, infrastruktur utama negara atau apa-apa kepentingan negara yang lain.
Bacaan kali kedua pindaan itu akan dibentang pada persidangan kali ini, kata Takiyuddin.
Menurut rang undang-undang yang dibentangkan itu, pindaan Seksyen 18 akta berkenaan turut meliputi subseksyen (4) iaitu menggantikan perkataan "Perdana Menteri" kepada "Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis"; dan subseksyen (6) menggantikan perkataan "di Parlimen" dengan perkataan "di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen".
Selain itu, pindaan turut melibatkan subseksyen (7), yang sebelum ini menyebut Perdana Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perisytiharan itu (kawasan keselamatan), dan diganti dengan perkataan "Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis".
Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 turut menyaksikan pindaan Seksyen 37 berkaitan hukuman penjara berhubung obligasi kerahsiaan dinaikkan dari dua tahun kepada lima tahun
Rang undang-undang itu juga bertujuan meminda Seksyen 6 Akta Majlis Keselamatan Negara berhubung keanggotaan Majlis iaitu mengeluarkan Timbalan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengerusi Majlis dan memberi kuasa kepada pengerusi majlis untuk melantik seorang timbalan pengerusi dalam kalangan anggota Majlis yang lain.
Mengikut akta asal, keanggotaan Majlis terdiri daripada lapan orang iaitu Perdana Menteri sebagai Pengerusi; Timbalan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengerusi; Menteri yang dipertanggungjawab dengan tanggungjawab bagi pertahanan; Menteri yang dipertanggungjawab dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri; Menteri yang dipertanggungjawab dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia; Ketua Setiausaha Negara; Panglima Angkatan Tentera; dan Ketua Polis Negara.
Rang undang-undang itu tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan tambahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020

Bacaan kali kedua pindaan itu akan dibentang pada persidangan kali ini, kata Takiyuddin. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pindaan Akta MKN 2016 dibentang untuk bacaan kali pertama
Bacaan kali kedua pindaan itu akan dibentang pada persidangan kali ini, kata Takiyuddin.