JAWI: Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.61 juta bagi Bantuan Sekolah Agama Rakyat (BSAR) Negeri Pulau Pinang untuk tahun ini, dalam usaha memperkukuhkan institusi pendidikan agama di negeri itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut meliputi Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) (RM1.37 juta), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) (RM541,740) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) (RM394,750).
"Sekolah Tahfiz diluluskan sebanyak RM191,740, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) diberi RM184,700, sekolah pondok sebanyak RM160,000 dan Tadika Islam (TADIS) RM63,830," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut meluluskan RM500,000 bagi KAFA Menengah (Yayasan Islam Pulau Pinang) dan RM1.2 juta bagi Zakat Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan peruntukan Kerajaan Perpaduan yang diwakili pelbagai parti politik tanah air kepada Islam dan orang Melayu, lebih tinggi berbanding peruntukan yang diberikan tiga tahun lepas, ketika negara di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN).
Justeru, beliau meminta rakyat agar tidak terpedaya dengan fitnah yang ditaburkan pembangkang mengenai kestabilan, bantuan dan kesediaan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa.
"Saya memegang amanah, saya berterima kasih kepada kawan-kawan saya baik dalam PKR, Amanah ataupun DAP, tidak pernah timbul isu peruntukan.
"UMNO yang telah bersama dengan kita, nampak dalam prinsip ini dia juga tidak berbeda pendapat," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama orang ramai pada Majlis Penutup Seminar Malaysia MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang hari ini. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PM Anwar umum Bantuan Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang sebanyak RM4.61 juta
Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.61 juta bagi Bantuan Sekolah Agama Rakyat (BSAR) Negeri Pulau Pinang untuk tahun ini.